Rabu, 29 Julai 2009

TERBILANG KAH PEMIMPIN KITA.....?


Insyallah sabtu ini pertandingan untuk wakil 7 akan berlangsung dengan sengitnya. Beberapa rakan bloger telah pun membuat ulasan mengenai pelbagai "Kepelikkan" atau juga sandiwara para peraih undi juga calon-calon wakil 7. Apa yang menariknya disini budaya wang saku maku ganti kepada rasuah terus memainkan peranan yang begitu jitu dan padu...



Restoran mulai penuh dengan manusia-manusia yang berjuang dengan agenda masing-masing. Gelak tawa turut kedengaran dan tidak kurang pula kelompok yang bercakap dengan cara seakan-akan berbisik. Masing-masing punyai hak berbuat sedemikian. Calon wakil 7 mulai membuka mulut bercakap seakan-akan tiadalah orang lain yang hebat pengetahuanya mengenai politik melainkan dia seorang. Kroni dan penyokongnya terus mendengar dengan khusyuk..memerhati terus memerhati...Kasihan...

Di satu sudut lain kedengaran suara-suara sumbang Pemimpin atasan yang menyeru agar individu atau calon ini perlu ditumbangkan. Sikap ingin berkuasa terus menjadi impian setiap pemimpin. Namun tidak di nafikan juga apabila terdapat beberapa inidvidu atau calon yang mencanangkan diri mereka bahawa merekalah pejuang sebenar yang terbilang...Yang kenal permata dan intan berlian....Pendek kata merekalah pejuang sejati iaitu pejuang kepada perkara yang perlu diperjuangkan....(Tak tahu lah sama ada berjuang dengan periuk nasi atau pangkat, kita kena tunggu dan lihat aje lah)....

Yang paling penting kita sebagai permerhati perlu menilai semua itu...bukan semua orang kita boleh percaya dan begitu juga lah sebaliknya..... Persoalanya Terbilangkah pemimpin kita jika seperti ini....???

Bersama kita fikirkan...!


3 comments:

BATU GADUNG 29 Julai 2009 11:45 PTG  

Salam,

Pagi tadi seorang kwn lama, memberitahu kepada saya, katanya itu bukannya rasuah tetapi sebagai upah kepada para perwakilan kerana telah bersusah payah pergi mengundi tetapi seorang lagi kawan menyampuk pula menyatakan ianya sebagai cenderahati sebagai menghargai usaha perwakilan yang terpaksa mengeluarkan keringat untuk pergi ke dewan mengundi ...

SI RENGIT 30 Julai 2009 12:13 PG  

salam...

Aik na...gemilang terbilang pun akhirnya tertumbang juga...sbbnya niat dan perangai yang tak pernah berubah....asyik-asyik demi kepentingan diri sendiri...sasssssh!

DEPU-DEPU 30 Julai 2009 12:39 PG  

Salam sdr paikankb..

Dengar2 khabar ada juga pemberian buku politik secara Percuma...itu apa pulak??? rasuah itu bukan sahaja berupa wang tetapi sesuatu yang diharapkan ada balasan di sebaliknya..fikirkannya...

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP