Ahad, 19 Julai 2009

LAGI.. CATATAN MENGENAI SAUDARA ROSLAN HAJI MANSHOR



SELEPAS SOLAT SUBUH sebentar tadi saya berkesempatan berjumpa dengan saudara Roslan Haji Manshor. Banyak isu dibincangkan terutama mengenai susulan beliau terhadap permasalahan Sk Tamau dan Air Bersih di daerah Kota Belud. Beliau ada menyatakan bahawa beliau telah membuat susulan kepada JKR Kota Belud mengenai Sk Tamau dan di maklumkan bahawa salah satu masalahnya adalah berpunca daripada kontraktor yang sering bertukar-tukar. Namun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, JKR dan masyarakat Kampung Tamau akan sentiasa memantau kelewatan ini. Pendek kata tindakan telah pun diambil oleh pihak-pihak yang berkenanan. Malahan YB Datuk Rahman ada menghubungi beliau bertanyakan masalah ini.

Masalah Air bersih di Kota Belud pun, beliau telah maklumkan bahawa sebelum ini pun YB Datuk Rahman ada membuat perjumpaan dengan penduduk masyarakat Tamau selepas solat Jumaat di masjid Taman selatan baru-baru ini. Menurut ulasan daripada YB Datuk Rahman, masalah ini berpunca daripada keadaan paip di Kota Belud yang telah uzur dan rosak, lama dan berkarat serta bersaiz kecil. Ini tidak dapat menampung tekanan air yang tinggi dari loji baru yang baru dibina. Setiap kali loji di Kg Bayayat itu dibuka sepenuhnya, paip akan pecah. YB turut menyatakan bahawa kemungkinan kos diperlukan untuk menampung pembaikpulihan ini menjangkau jutaan ringgit. Namun YB akan berusaha menangani masalah ini secepat mungkin..

Masalah kawasan Agropolitan pula, saudara Roslan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan, dan beliau turut menyatakan masalah ini boleh diselesaikan cuma perlukan masa dan sikap keterbukaan semua pihak.

"Keadaan cuaca sekarang menyebabkan hasil nelayan tidak menentu, kasihan rakan-rakan yang bekerja sebagai nelayan sepenuh masa". Itulah kata-kata yang di lontarkan oleh saudara Roslan apabila saya bertanya tentang kerja "part time" nya sebagai nelayan. Beliau menyatakan bahawa para nelayan sekarang perlu dibantu namun tanpa kerjasama daripada diri mereka sendiri pasti pihak-pihak yang ingin membantu akan menghadapi kesukaran. Dari sudut lain, para petani sekarang pun perlu didedahkan dengan pelbagai kemajuan teknologi berkaitan dengan pertanian. Tidak semestinya nelayan mesti kena buat tugas nelayan begitu juga petani.



Menyentuh senario politik semasa, beliau amat kecewa dengan sikap beberapa individu yang terlalu menyalahkan kerajaan malahan sikap individual sekarang yang suka menunding jari kepada orang lain demi menutupi kesalahan sendiri menjadi pemangkin kepada bencikan kerajaan. Pada beliau, setiap manusia punyai kelemahan tersendiri dan adalah tidak wajar kita terus meletakkan hukuman kepadanya. Hakikatnya beliau merasa kecewa dengan keadaan politik semasa dan berharap agar kemelut ini tidak berterusan supaya tidak merugikan negara kita. Pada beliau sesiapapun yang menjadi pemimpin tidak ada masalah cuma yang paling penting mengutamakan rakyat, "1Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kita kena berani menyahut slogan PM kita". Itulah kata-kata beliau ketika Mengakhiri perbualan kami. Pendapat dan idea beliau amat saya hargai. Sebagai anak muda, saya cukup kagum dengan cara dan pendapat-pendapat yang beliau lontarkan.

Seperti yang saya katakan tadi sebenarnya banyak isu yang kami bincangkan cuma penulisan saya kali ini berdasarkan kepada apa yang saya masih ingat, lagipun biarlah isu-isu yang lain saya sentuh dalam posting yang lain....



5 comments:

SI RENGIT 22 Julai 2009 9:54 PTG  

salam...

k lah tu...saya pun sedih dan kecewa juga...

matai kita semua kalau dibiarkan...magsabal saja lah...

musli oli 22 Julai 2009 11:19 PTG  

tahniah..kerana prihatin terhadap masalah rakyat..inilah membazakan pemimpin semulajadi dan pemimpin "jadi-jadian".

SAMBAL BELACAN 25 Julai 2009 11:59 PTG  

Salam,
Baguslah kalau prihatin...tapi dia ini betulkah seperti yang sdra ceritakan ni...jangan2 bila berpeluang pula nanti lupa daratan...

Suruhlah beliau ni buat umrah banyak2...agar sejahteralah Kota Belud...

paikankb 26 Julai 2009 9:46 PTG  

salam..

thanks buat saudara rengit...kita menghadapi krisis kepimpinan abad ini...

paikankb 26 Julai 2009 9:48 PTG  

salam...

magsyukur buat saudara musli..kita semua mahukan pemimpin semulajadi yang boleh menyumbang kemaslahatan umum...tq

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP