Isnin, 11 Mei 2009

AKHIRNYA...........

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Keputusan ini merupakan satu tamparan yang maha hebat untuk kerajaan BN/Umno. Tetapi adakah ini jalan cerita yang terakhir atau ada lagi "bakal" babak-babak cerita yang menyusul seterusnya....? Kawan saya ada menyatakan sebentar tadi berkaitan dengan isu ini" ku sangkakan cerah secerahnya di pagi hari rupanya ribut petir sabung menyabung panah memanah di tengahari". Lucu juga ungkapan tersebut tetapi nak buat macamana, setiap orang ada hak untuk terkezzzzut ataupun buat-buat terkezzzzut dengan perkembangan sekarang..

Teringatlah pula satu babak Filem Seniman Bujang Lapuk, Ahmad Nisfu jadi Director, "apa pendapat Ahli Nujum Negara tentang ramalan mimpi beta semalam. Beta bermimpi setompok tahi jatuh ke muka beta". Jawab Sudin " oh itu petanda yang tuanku akan ditimpa malapetaka". "Oh tidak....tidak bukan ke muka beta tetapi sipi sahaja........bukan sipi kebahu beta tapi terus kemuka director Ahmad Nisfu". ( Lebih kurang lah ayat nye). Jalan cerita ini tidak jauh bezanya dengan situasi sekarang. Namun apa yang pasti strategi apalagi yang cuba di laksanakan oleh kelompok yang terkena "tahi" ini. Mungkin masih ada peluang untuk mendapatkan kembali harga diri yang tercalar ini dengan melalui "Mahkamah Rayuan".


Cuma yang menjadi kemusykilan di kepala otak ini, adakah DUN tetap akan dibubarkan(siapa yang dapat hasilnya) atau DUN tetap tidak dibubarkan(siapa yang dapat hasilnya)...? Kita tunggu dan lihatlah.......! KEBENARAN TETAP AKAN MENJELMA. TIADA ERTI KEJAYAAN TANPA DISULAMI DENGAN PENDERITAAN.

Read more...

Sabtu, 9 Mei 2009

IRANUN: POLITIKUS ATAU TETIKUS......

Begitulah gambaran yang boleh saya berikan dalam kancah politik masakini dari sudut pandangan suku kaum Iranun. Saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat atau pandangan mengenai cara atau kaedah masyarakat Iranun berpolitik. Kebetulan saya pernah terbaca satu tulisan blog yang bertajuk " kemanakah arah tuju politik Iranun"(www.batugadung.blogspot.com), dan saya amat tertarik untuk bertukar-tukar pendapat dengan sesiapa sahaja dan kalau boleh insan yang telah bergiat lama dalam dunia politik.

"Kita tidak bangga ke dengan kehebatan anak Iranun menduduki tempat mulia di dalam negara Malaysia, nak dicantikan ayat didalam dewan dialah yang berkuasa". Itulah ayat yang sering terpancul dalam mulut masyarakat kita amnya. Kami golongan belia ini seakan-akan tidak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan kehadiran insan istimewa ini. Untuk pengetahuan golongan "retua" politik, jiwa kami amat dambahkan seorang pejuang yang benar-benar boleh membawa perubahan terutama dalam masyarakat kita. Nah, disini bukan saya katakan bahawa "insan Istimewa" ini tidak memberikan apa-apa sumbangan pada masyarakat kita. tetapi tidak kah kita terfikir selepas beliau siapakah yang layak menduduki "kerusi empuk" beliau.

Apakah kerana kealpan dan sanjugan akhirnya kita lalai mengetengahkan "pelapis" pemimpin masyarakat kita. Adakah kerana dibuai jawatan dan pangkat maka kita biarkan hak kita dibumi bertuah ini di dirampas dengan rakus...! Apakah insan istimewa ini akan hidup beribu tahun lagi??? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakkan pemimpin kita sekarang sebenarnya seorang "pengecut" yang amat takut pada bayang-bayang sendiri. mungkin ini terlalu keras bagi kawan-kawan diluar sana, tetapi inilah hakikat sebenar sikap para pemimpin (kononya) masyarakat kita. Suatu ketika saya pernah bertanya kepada seorang kawan, Apakah pendapat beliau tentang poltitk masyarakat kita kini. " tak tahulah tapi bagi saya lah susah untuk kita mencari bakal pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan bukan untuk periuk nasinya sendiri. Lagipun masyarkat kita tidak pernah memberikan sokongan atau bantuan kepada sesiapa yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, satu yang perlu kita ingat bahawa bakat kepimpinan itu bukannya boleh diwarisi kepada kaum keluarga dengan senang". Apabila saya merenung seketika apa yang beliau katakan teramatlah benar akan kata-katanya.

Inilah hakikat sebenar yang perlu kita akui, kadang-kadang kita melihat bakat kepimpinan seseorang itu melalui bakat kepimpinan ayah atau kaum kerabatnya. Bila hebat maka anak-anaknya atau keturunanya mesti hebat-hebat belaka. Jadi tidak ada masalah apabila anak atau keturunanya diangkat sebagai pemimpin kelak. Hakikat ini adalah sessuatu yang teramat salah. Tanggapan ini lah yang perlu kita berganding bahu memperbaikinya. Saya ingin sekali menyatakan bahawa tanggungjawab seorang pemimpin amat berat, jangan kerana mengejar pangkat dan harta sehingga kita lalai bahawa di pundak kita terletak satu beban yang amat dahsyat, didunia ia akan dihitung dan di akhirat pun akan dihitung. ( Nak lari lagu mana?orang utara kata).

Apa yang saya perhatikan pada masyarakat kita adalah, sikap ingin jadi pemimpin. daripada yang tak tahu membaca sehingga yang keperingkat PHD bercakap soal politik. Masing-masing dengan pandanganya, bila golongan retua politik ini diberi pandangan maka akan terkeluarlah pelabagai ayat, kononya golongan belia ini tidak tahu erti sebenar perjuangan, bukan hidup zaman jepun dan macam-macam lagi lah. Benar golongan kami cetek ilmu politik tetapi rujukan dan "Filem" yang sering disajikan kepada kami telah menjadi iguan yang cukup ngeri dan hebat untuk kami renungkan. Adalah terlalu dungu saya katakan andai kami tidak mengambil iktibar kepada semua apa yang berlaku. Pemimpin kita sekarang lebih menjurus kepada duniawi sahaja. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri siapakah insan yang layak mengemudi kapal kita dilautan nanti. Insan yang ingin bergelumang dengan dunia politik seakan-akan lupa dengan tanggungjawab mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang "pejuang" masyarakat kita, andai politik ini memerlukan saya terjun kedalam lumpur yang kotor sekalipun maka saya akan terjun demi membela masyarkat tercinta kita. Namun apa yang saya nampak sekarang ibarat "cakap tak serupa bikin". Pejuang kita sekarang banyak pada "TAMBIRANG BAN MADAKEL TAPI DA AH TAGUH YAN". (Insyallah lain kali episod ini akan saya sambung.......)


Read more...

Jumaat, 8 Mei 2009

HEBATNYA ISLAM .....

Saya baru sahaja selesai membaca buku "The making Of humanity" hasil tulisan Robert Briffault yang terang lagi bersuluh memuji umat Islam dengan berkata, " Era Kebangkitan sebenarnya bermula di tangan orang-orang arab dan Islam Sepanyol, bukanya ditangan orang-orang barat atau Eropah. Pandangan beliau ini telah di persetujui oleh Philip K. Hitti didalam bukunya "The History of the Arabs" beliau berkata,"orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agung pada zaman pertengahan dahulu. Mereka sebenarnya pembawa cahaya budaya dan tamadun bagi selururh dunia terutamanya abad kelapan dan tiga belas masihi.

Memang benar, dunia berubah kesan daripada proses perubahan yang dibawa oleh umat Islam. Justeru itu, kenapa zaman sekarang kita terlalu alpa sehinggakan hampir terlupa akan kehebatan masa lampau kita. apakah kita sudah tidak percaya akan kehebatan Islam itu sendiri?. Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi teladan manusia sejagat. Hal ini mesti kita akui seperti yang dijelaskan oleh Robert Briffault di dalam The Making Of Humanity, " Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan ke arah kemerdekaan di negara-negara Amerika Latin. Ia sebenarnya ajaran yang ada di dalam Quran yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep ini kemudiannya mempengaruhi masyarakat Eropah. Besar kemungkinan jika tidak keterlaluan saya katakan jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.

Secara amnya saya amat bersetuju dan berpuashati dengan apa yang cuba di sampaikan oleh Robert Briffault dan sebagai umat Islam dewasa ini saya amat berbangga dan imenyeru kepada rakan-rakan yang mengaku umat Islam menjauhi "Budaya Bangau oh Bangau". Saya teringat akan kata-kata seorang Panglima Islam iaitu Panglima Islam Rub'ii bin Amir yang pernah berkata"Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendakinya daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kesesatan agama kepada keadilan Islam dan diutusnya kami dengan agamanya untuk disampaikan kepada makhluknya". ( Kenyataan dibuat di hadapan Panglima Parsi, Rustam, sebelum Perang Qadisiyah). Renung-renungkanlah....Allahu akbar!!!

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP