Ahad, 29 November 2009

BILA SEMUANYA BICARA SOAL POLITIK


Masyarakat kita kini mulai sedar dan berfikir mengenai politik dan kesannya kepada masyarakat dan Negara. Apa tidaknya, lihat sahaja di mana-mana pasti topiknya soal politik. Tidak kira terpelajar ataupun tidak terpelajar, hakikatnya politik pasti topik utama. Yang terpelajar bercerita pasal politik tidak mengapa lah, tapi bagi yang tidak terpelajar membicarakan soal politik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Di sini posting saya kali ini sebenarnya bukan memperkecil-kecil atau jauh sekali menghina khalayak yang tergolong dalam kelompok “Mereka yang tidak terpelajar” dalam membincangkan soal politik. Sumbangan kelompok ini turut tidak dipertikaikan, namun biarlah kita berdiri atau berpijak dibumi yang nyata.

Seorang Doktor pasti akan berasa pelik apabila diminta mengajar untuk subjek Muzik, atau seorang mekanik kereta diminta menjadi pakar bahasa (walaupun sekarang dunia semakin moden, tidak semestinya kita boleh melakukan semua perkara) pasti pekerjaan yang diberikan tidak dapat dilakukan dan andai pun berjaya dilakukan kemungkinan besar hasilnya tidak memenuhi piawaian sebenar pendek kata tidak mengikut spesifikasi SIRIM. Maka itulah kita bercakap apabila perlu sahaja, bercakap apabila kita benar-benar tahu dan faham akan persoalan dan perbincangan yang hendak disampaikan. Namun semua ini ibarat mencurahkan air kedaun keladi, masyarakat kita cukup hebat kerana boleh bercakap apa sahaja, sama ada benar atau tidak itu belakang kira (Berpegang Kepada Istilah demokrasi terpimpin) asalkan dapat bercakap. Saya amat tertarik dengan penulisan saudara Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Unversiti Pertahanan Nasional, Malaysia yang diterbitkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia yang bertajuk “Kita akan Kalah jika terus mengalah”. Dalam penulisan beliau itu, saya amat bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan “Saya menyeru supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri . Malangnya, kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik juga. Pendek kata, dalam bidang apapun diperkatakan, Umat Islam kita berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan”.


Nah...! kita lihat dalam kelompok atau masyarakat kita di daerah Kota Belud amnya, daripada pasar ikan, perhentian bas, restoran, masjid, kedai runcit, sawah padi, laut semuanya membicarakan soal politik. Saya bukan mengatakan berpolitik itu tidak perlu atau tidak penting, tetapi biarlah kita bercakap “apabila perlu” sahaja. Jimat masa dan tenaga. Mencarut dan memfitnah pun pasti terhindar. Tuduh sana, tuduh sini akhirnya dosa juga kita dapat, pahalanya entah kemana. Namun dalam masa yang sama saya secara ikhlasnya berasa bangga dengan perkembangan masyarakat kota belud, kerana ramai yang mulai peka terhadap permasalahan masyarakat setempat. Para cendikiawan dan bijak pandai masyarakat kita mulai bersatu dalam memperjuangkan hak sebenar rakyat. Walaupun melalui kuasa maya namun impak maksimanya cukup membuatkan para pemimpin kecut perut. Melihat keadaan pemimpin sekarang, adalah tidak keterlaluan ibarat cacing yang sedang kepanasan. Bukan sahaja segala kelemahan dituturkan bahkan sejarah dan kes lama turut dibangkitkan. Hasilnya ini bukan sahaja kelompok masyarakat kita yang membaca dan menilainya, bahkan seeluruh dunia boleh membaca dan menilainya.


Berbalik kepada sikap masyarakat kita yang suka berpolitik, sehinggakan dalam penulisan saudara Azrone, memberi kiasan “mengenai kehebatan seorang office boy” dalam merancakkan kepolitikkan didaerah kota Belud. Bukan itu sahaja, driver pun turut ingin menjadi hero dalam dunia kepolitkkan ini. Malahan hebatnya aura politik ini sehinggakan jawatan boleh diberikan kepada yang langsung tidak layak. Lihat sahaja di dalam organisasi MDKB dan pejabat Daerah, difahamkan hampir separuh kakitangannya adalah lantikan melalui kuasa politik. Akhirnya, kesan kepada masyarakat kita, anda mungkin sudah merasa dan andai yang belum mencubanya sila lah cuba berurusan dengan jabatan penting di daerah kota belud ini, pasti anda akan mengingatinya hingga keakhir hayat. Inilah masalah bila kita terus-terusan berpolitik, bercakap lah “Apabila perlu” sahaja. Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan pencipta. Sekurang-kurangnya kita punyai masa dan waktu untuk memikirkan ke mana hala tuju masyarakat kita. Bagi yang bukan terpelajar tetapi “Bijak” pandai, fikirkan lah sumbangan kepada Negara, masyarakat selain berbicara soal politik.

8 comments:

watasikadi 29 November 2009 8:33 PTG  

Salam saudara paikankb,
apa yang saudara utarakan sememangnya hakikat kepada politik KB sekarang. mengapa dan kenapa office bot jadi hero politik?driver pun jadi hero?kenapa bukan oran g terpelajar? pada saya ia disebabkan orang terpelajar dikalangan orang muda terutamanya kurang minat dengan politik kerana penuh permainan mengelirukan terutama diKB. bagaimana untuk lahirnya pemimpin akan datang yang bermutu? rasanya. begitulah keadaannya bila kurang minat dikalangan orang muda bila cuba dihalang masuk politik terutama dalam parti UMNO. namun saya pasti paikanKB adalah harapan masa depan masyarakat KB.

Wakil Bukit 29 November 2009 10:13 PTG  

Selamat tengahari,

sdra bagaimana Roslan Hj Manshor ada layak kah? calon pilihan mu selalu...tapi dia takut bini, masam mana...saya takut sdra pun masam Si Roslan takut bini juga...dua-dua tidak boli jadi calon

Wakil Bukit 29 November 2009 11:13 PTG  

Blogger Senyum Kambing Gila Talaks

Datu pitung 30 November 2009 2:53 PG  

slm sdr paikankb

saya sokong 100% diatas pandangan sdr, sy sendiri pernah berurusan di MDKB, apa yg say dpt sakit hati. sakit telinga, dan sakit punggung menunggu yang amat berhormat, itu utk mnta pengesahan sijil sahaja blm urusan yang lain.

sekurang2 nya pekerja yg terpelajar mempunyai satu moral dan jati diri dalam kerjaya, bkn untuk mempersoalkn yg x terpelajar tp ni lah realitinya, kta yg merasa akibatnya.

kebanyakan lantikan dari politik tidak memuaskan kerana politik adalah semua boleh join, yg terpelajar atau tdk, tp dlm kerjaya hanya org yg mempunyai skills dan pengalaman dlm bidang itu sahaja mampu memberi service yang terbaik.

saya sgt setuju pandangan sdr paikanKB ini. teruskan untk kebaikan bersama.

thanks.

BELUM PENDEKAR 1 Disember 2009 5:31 PTG  

Salam Saudara,

1. Saya bersetuju bahawa masyarakat kita sepatutnya berpolitik pada masa-masa tertentu sahaja. Ini adalah kerana, saya melihat bahawa politik lebih banyak membawa keburukan kepada masyarakat KB berbanding kebaikan yang sepatutnya diraih. Contoh yang mudah, kerana amalan berpolitik "sepanjang tahun" atau setiap masa inilah maka masyarakt kita menjadi berpecah-belah. Semua nak jadi pemimpin dan untuk itu mereka sanggup berbuat apa saja termasuk menjatuhkan sesiapa saja.

2. Di tempat-tempat lain di Malaysia terutamanya di semenanjung, saya dengar orang akan berpolitik semasa pilihanraya dan selepas itu akan menumpukan usaha mencari rezeki untuk menyara keluarga dan sebagainya. Tapi, kita di KB pula sebaliknya. Masa yang begitu berharga dihabiskan dengan berpolitik (kaebanyakan masa gosip politik kosong saja) di kedai-kedai kopi sehingga lupa tanggungjawab utama untuk mencari nafkah kepada keluarga. Lupa mencari jalan memajukan anak bangsa dan lupa segala-galanya KECUALI politik.

3. Masalah kita, kita tidak mempunyai "standard" atau ukuran yang tertentu mengenai kelayakan menjadi pemimpin. Oleh sebab itu, maka semua orang merasa bahawa mereka layak menjadi pemimpin. Begitu juga, semua orang merasa bahawa orang ini atau itu layak menjadi pemimpin atas alasan dikenali ramai dan sebaginya. Saya setuju bahawa faktor dikenali ramai itu penting. Tetapi, tanggungjawab seorang pemimpin bukan setakat itu. Persaingan amat sengit diluar sana.. justeru, pemimpin yang kita perlu angkat sepatutnya adalah mereka yang benar-benar berkebolehan dalam serba-serbi.

4. Fikir-fikirkanlah...

Pesisir Pantai 2 Disember 2009 3:37 PG  

Saudara Paikankb,

Saya difahamkan ini Belum Pendekar PA"MIN betulkah?

BELUM PENDEKAR 2 Disember 2009 7:04 PTG  

Salam Sdr Pesisir Pantai (PP),

Belum Pendekar bukan PA'MIN. Kami individu yang berbeza. Tapi, saya tertanya-tanya, atas alasan apa sebenarnya sdr mengatakan bahawa Belum Pendekar adalah Pa'Min? Boleh tak tolong jelaskan.. Teringin nak tau..

paikankb 6 Disember 2009 6:41 PTG  

salam,

terima kasih kepada saudara semua diatas kunjugan dan ulasan yang saudara-saudara berikan. Ulasan saudara semua amat saya hargai, semoga saudara berkunjung lagi.

terima kasih dan sila berkunjung lagi.

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP