Sabtu, 3 Oktober 2009

KANSER DARI SOTONG KERING....?


Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

Email : Nik Noor Azman Ghazali

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.



--------------------------------------------------------------------------------

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



SUMBER:idhamlim.blogspot.com

2 comments:

Datu pitung 3 Oktober 2009 11:46 PTG  

salam paikankb..

informasi yg sgt menarik..ramai di kalangan kita tdk mengetahui hal ini..kebanyakan penyakit berpunca dari makanan sekarang ini, bukan mcm dahulu..hati2 untuk memilih makanan..thanks..

James Bond 007 4 Oktober 2009 9:12 PTG  

Salam Saudaraku PaikanKB,

Bila sampai dari KL selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. tiada penulisan baru mengenai calun pilihan kau tempoh harikah.

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP