USAHAWAN BELIA KOTA BELUD
Coffee Table merupakan restoran yang menawarkan makanan berbentuk "Western" di daerah Kota Belud. Restoran ini terletak di bangunan KKMP iaitu bangunan baru. Berdekatan dengan restoran ini adalah bank rakyat dan bank BSN. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan, dari sudut rasa penulis kategorikan sebagai "A".
Penghargaan buat pekerja Terbaik
Kini, "Jiran" terbaru restoran ini adalah Farmasi Aslam. Pemilik restoran ini, En. Norizam Hj Asmara merupakan anak jati Kota Belud dan berbangsa Iranun. Beliau merupakan lepasan graduan dari UITM. Penulis difahamkan bahawa, sebelum restoran ini dibuka, beliau sudah lama menceburkan diri dalam perniagaan namun perniagaan yang beliau ceburi adalah ICT. Semasa dalam pengajian beliau terlibat secara tidak langsung dalam "Board" syarikat mereka ketika itu. Namun setelah tamat pengajian beliau mula menceburi dunia perniagaan secara sepenuh masa dengan menubuhan syarikat Azam Mekar bagi mengendalikan perniagaan sama namun di"Branding" kan semula dengan MTC.
Tidak cukup cabaran dalam dunia teknologi sehingga membawa MTC kepersada Pusat Latihan SLDN di kota belud, kini dengan semangat yg lebih kental dan keyakinan yang jitu, beliau sekali lagi mencabar diri beliau untuk mengendalikan satu perniagaan yang cukup mencabar iaitu Restoran. Bersandarkan kepada ilmu perniagaan yang beliau miliki, sekali lagi, kajian secara tidak formal menjadi pilihan beliau untuk mendapatkan respon daripada masyarakat kota Belud. Setelah perancangan demi perancangan, akhirnya wujudlah Restoran Coffee Table.
Apa yang penulis kagumi dengan beliau adalah semangat yang cukup kental, perancangan yang cukup teliti bahkan ketegasan dalam kelangsungan perniagaan beliau amat dititik beratkan. Sekalung tahniah dan ucapan syabas dari penulis buat En. Norizam Hj Asmara, diharapkan beliau menjadi salah seorang "IKON" belia dalam bidang perniagaan kelak. Bravo..!Selamat Maju Jaya