Jumaat, 20 April 2012

BELAJAR TERIMA HAKIKAT.....



Perjalanan dalam mengetengahkan konsep perjuangan setiap parti menjadikan system pemerintahan di Negara ini seakan- akan BERSERABUT. Banyak isu sebenarnya cuba dipolitikan agar ia menjadi isu nasional. Malahan banyak kebenaran disembunyikan agar menampakkan kebenaran bagi pihak yang berkepentingan. Masyarakat dikota belud juga terkenal dengan dunia politik yang berkonsepkan KETUANAN dan seakan-akan berserabut ini. Walaupun bukan kesemua penganut politik mengamalkan konsep ini namun jumlah penganut ini masih ramai khususnya di daerah ini.


Konsep ini masih berlegar segar dalam kotak politik di daerah kota belud. lihat sahaja mereka yang duduk di kedai-kedai kopi, ramai dikalangan mereka ini berjuang hanya berkonsepkan kulit tanpa mahu melihat isinya. Apatahlagi mereka ini turut menganuti satu budaya iaitu TAKSUB terhadap pemimpin. Konsep dan budaya inilah sebenarnya menjadi PETUALANG dalam kerancakkan berpolitik didaerah ini. Bagi pemimpin penerapan kepada konsep dan budaya ini adalah perlu agar mereka terus menguasai lingkaran pemikiran para penyokong mereka.


Hakikat sebenarnya generasi seperti kamilah terpaksa memikul keperitan dalam mengharungi kehidupan. Bukan sahaja menghadapi dunia yang penuh korupsi, ekonomi yang longlai, bahkan juga konsep dan budaya ini telah diterjemah menjadi satu amalan yang dikenali sebagai ADAT.. Biarlah pemimpin ditatang seperti minyak yang penuh, sekalipun Nampak kehancuran menyulami pemerintahannya. Orang-orang tua kita suka mengambil hujah melalui apa yang mereka dengar, mentaati pemimpin adalah tuntutan beragama namun kita lupa dan sentiasa meng”ALPA”kan hakikat sebenar tuntutan itu. Ibarat kahwin empat” Itu sunnah bro” tapi sunnah yang lain ditinggalkan. Itulah kita yang berkepentingan sahaja diangkat sebagai isu yang perlu dibahaskan.



Dunia sekarang perlukan kelicikkan dalam berfikir, bukan sahaja kepada mana-mana pemimpin parti bahkan juga kepada kita yang bergelar RAKYAT. Pelbagai kata-kata manis dihamburkan kepada kita, khususnya masyarakat didaerah ini agar dapat menilai siapa betul dan siapa berada dipihak yang benar. Parti pembangkang semakin ligat sejak akhir-akhir ini malahan kehadiran rakyat untuk berkongsi maklumat mengalami pertambahan yang drastic. Banyak isu-isu yang dibawa oleh penganutnya mulai MASUK akal dan sedikit demi sedikit dapat diterima oleh rakyat di daerah ini.


Kehebatan para bloger dalam mengolah dan menambah perencah dalam penulisan mereka turut menaikkan ranking parti pembangkang dimata masyarakat kota belud. Para bloger pro-kerajaan juga perlu menerima hakikat ini, bukan melihat perkara ini sebagai bahan jenaka. Teringat kata-kata seorang rakan bloger ” Parti pembangkang atau parti kerajaan yang memerintah, sebenarnya kita tetap sama, tetap hidup seperti ini sekiranya corak pemikiran kita tidak berubah”. Akhir kalam, berjuanglah dalam arena politik tanpa menyempitkan ruang lingkup makna sebenar perkataan politik itu. Letakkan kedudukan diri kita sebenar, berhujahlah secara matang elakkan mengeluarkan kenyataan secara semborono. Belajarlah menerima hakikat………………


Sekadar renungan bersama...

0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP