Ahad, 31 Januari 2016

PAIKAN KB








Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan ruang untuk saya update blog yang sekian lama agak menyepi ini. Diam tidak semestinya berhenti berkarya kata seorang kawan yang aktif di laman sosial ketika ini. 

Apapun saya amat mengharapkan agar lontaran idea atau pun kritikan yang cuba diadaptasikan  melalui penulisan kelak dapat membuka ruang lingkup pemikiran dikalangan belia masakini. 

Mana yang baik kita perjuangan bersama dan begitulah sebaliknya. Insya Allah moga kehadiran  “PaikanKB” dalam dunia blog kali ini akan menceriakan lagi dunia maya kita.


Salam dari,

PaikanKB

Read more...

Khamis, 25 Jun 2015

PETANI SUKU IRANUN

salam ramadhan

Pertanian merupakan salah satu sumber rezeki masyarakat Iranun di kota Belud. Bidang ini kini mulai mendapat pengiktirafan sebagai penyumbang kepada ekonomi bukan sahaja di sabah bahkan di  malaysia. Kota Belud telah menerima satu gagasan pembangunan dalam konteks pertanian berasaskan Padi iaitu Projek Jelapang Padi. Isu ini banyak mendapat reaksi positif dan tidak ketinggalan juga reaksi negative sehinggakan menjadi bahan usikan nakal buat YB. Datuk Haji Musbah Jamli yang sehingga kini memperjuangkan penting nya jelapang Padi ini diwujudkan.

Sebagai anak jati Kota Belud dan anak suku kaum Iranun, saya terpanggil untuk mengutarakan sedikit pandangan berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh para petani suku tercinta kita. Soal isu Kepolitikan biarlah orang lain yang mengulasnya. Dari apa yang saya lihat, masyarakat kita yang terlibat dalam bidang ini hampir keseluruhanya memilih sebagai “Side-Income”.

Keterlibatan para petani suku Iranun sekarang mengalami "evolusi" kearah pasca baru. Orang lama sudah mulai merehatkan badan, kini usaha ini diteruskan oleh kelompok muda yang berjiwa Tua. Kebanyakkan para petani sekarang adalah mereka yang mempunyai kerjaya tetap. Penanaman Padi ini hanya dianggap sebagai “Side – Income” dan cara pengusahaannya pula lebih kepada “Ali Baba”.

Di Malaysia, negeri kedah merupakan negeri yang mendapat jolokan sebagai negeri Jelapang Padi. Melihat kaedah terutamanya sistem perparitan yang digunakan amatlah jauh bezanya dengan sistem yang kita ada di Kota Belud. Mungkin melihat senario ini, Semangat YB. Datuk Haji Musbah Jamli berkobar-kobar untuk merubah kehidupan para petani daripada hidup bersawah padi secara tradisional kepada lebih inovatif sejajar dengan teknologi yang ada sekarang.

Namun, seperti yang kita maklum masyarakat kita mempunyai sikap yang berbeza dengan sikap suku kaum yang lain di daerah ini. Masyarakat kita lebih suka bersikap menentang daripada mengikut. Sikap seperti ini lah menyebabkan pembangunan dari segi ekonomi menjadi lembab dalam suku kaum kita. Secara jujurnya, sikap ini banyak menyumbang kepada kejatuhan nilai bangsa kita sendiri. Selain menentang, masyarakat kita juga lebih suka bersikap menjadi pemimpin atau pun BOSS. Cuba kita perhatikan, kebanyakkan petani sekarang memilih untuk mengupah orang luar atau bahasa  cantiknya “Pendatang Asing”. Sistem yang diamalkan bahagi dua kadar keuntungan. Side lain kita Nampak cara ini menyenangkan kita, hakikatnya cara ini menuju kepada kehancuran ekonomi suku kaum kita.

Sikap pemalas mulai bertapak kedalam jiwa kita, pendatang asing mendapat ilmu juga keuntungan tetapi kita hanya mendapat keuntungan dalam kerugian. Ilmu membaja misalnya bukan boleh dibuat secara semborono apatah lagi kaedah dan racun yang hendak digunakan. Anak-anak kita menjadi buta dalam celik , orang lain berlumba-lumba mencari limu kita pula berlumba-lumba menjadi BOSS yang dalam kesakitan. Bila ditanya, biarlah anak-anak saya bekerja denga kerajaan, hujung bulan dapat gaji. Lagipun sekarang zaman moden, semua main klik saja. Sikap ini lah juga menjadikan suku kaum kita lemah untuk berdikari. sejak kecil kita diasuh dan dididik menjadi penerima cukup apa yang ada. Padahal suku kaum kita, terkenal dengan sikap juang yang tinggi lagi kental. Mungkin sikap ini hanya pada kekuatan fizikal sahaja bukan pada mentalnya.

Masyarakat kita juga cepat "berasimilasi" dengan teknologi, namun teknologi yang dimaksudkan lebih kepada “Santai Minda Pollitik” FB, TWITTER, TELEGRAM, WHATSAPP, WECHAT dan banyak lagi. Sehinggakan peluang yang ada tidak digunakan dengan sepenuhnya. Di kedai-kedai kopi, tua muda cerita pasal aplikasi ini. Kemodenan dalam kemunduran, moden isu politik tapi mundur dalam ekonomi. Adakah kita sanggup melihat peluang yang ada terus direntap oleh suku lain. Kita banyak menyalahkan kerajaan mahupun pemimpin kerana tiada bantuan mahupun peluang yang diberi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kita. dari sudut lain, Gajah didepan mata kita, langsung tak nampak...Semut diseberang laut pula kita boleh melihatnya..



Insha Allah akan Bersambung…..




tulisan ini sekadar coretan dari anak iranun yang cintakan kejayaan sukunya.

Read more...

Ahad, 1 Jun 2014

JIHAD BANGSA IRANUN





Gambar sekadar hiasan







Suku Iranun merupakan suku minoriti di negeri sabah. Namun suku ini mempuyai sejarah  perjuangan  yang cukup unik dalam mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka. Sehingga kini masyarakat suku Iranun terkenal dengan sikap keberanian mereka didalam mempertahankan hak dan budaya hidup mereka. Masyarakat ini banyak menetap di daerah Kota Belud dan kebanyakan mereka tinggal dipesisiran pantai. Dari sudut keagamaan, masyarakat ini amat kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam sehinggakan ramai melahirkan pakar-pakar dalam bidang Agama Islam khususnya di daerah Kota Belud.


Secara jujurnya saya amat tertarik dengan tulisan dari saudara Firdaus Azinun yang mana beliau menyentuh soal perjuangan sebenar suku kaum ini sehingga digelar "LANUN".



1.      Tidak ramai yang sedar istilah ‘LANUN’ adalah berasal daripada perkataan ‘Iranun’ yang merupakan salah satu kaum di Sabah. Iranun bermaksud “Berkasih-kasihan” yang menunjukkan wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim. Negeri asalnya adalah Tempasuk dan di jajahan Riau mereka di sebut ‘Ilanun’.


2.       Suku Iranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat british borneo utara (SBBU) yang pernah menjajah negeri Sabah.  Penjajahan SBBU di Sabah telah membangkitkan semangat Jihad dikalangan suku Iranun, menyebabkan para pembesar mereka mengisytiharkan perang dan kawalan ketat dikawasan perairan kepulauan Melayu.


3.       Perbuatan SBBU yang merompak kekayaan tanah air mereka, telah dibalas dengan beberapa siri serangan dan rampasan terhadap kapal-kapal penjajah yang melalui perairan di kepulauan Melayu. Sikap berani dan kepandaian mereka didalam bidang pelayaran telah membantu dalam menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam serta senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang.


4.       Semangat perjuangan kumpulan Iranun ini mula meledak ketika berlakunya penjajahan Belanda dan Sepanyol pada penghujung abad 17. Justeru mereka melakukan operasi besar-besaran untuk berkawal di sepanjang Selat Melaka, Kepulauan Sulawesi dan Perairan Filipina. Operasi ini telah dibiayai oleh Kesultanan Sulu, Cotabato, Siak dan Sambas. Sekaligus membolehkan mereka mengawal hingga ke Teluk Benggal, dan New Guinea.


5.       Penguasaan mereka hampir di seluruh perairan Kepulauan Melayu telah  menyakitkan hati pihak Penjajah dan menakutkan syarikat-syarikat kolonial Barat. Laluan perairan sudah tidak selamat lagi untuk aktiviti perdagangan. Justeru, pembesar-pembesar mereka diberikan berbagai anugerah dan digelar ‘Datu’ sebagai penghargaan. Sebaliknya pihak barat pula mengecop mereka semua sebagai bajak laut dengan panggilan LANUN.


6.       Tuhfat An-Nafis karangan Raja Ali Haji pada 1865, lebih jelas menceritakan penglibatan bangsa Iranun ini dengan gerakan Jihad. Ia lebih membuktikan mereka sebenarnya adalah pejuang fi sabilillah dan bukanlah penjenayah seperti yang disebutkan didalam buku2 orientalis barat.


7.       Walaubagaimanapun istilah lanun yang digunakan untuk menghina bangsa Muslim ini, telah dikekalkan dalam sistem pendidikan malaysia. Sebaliknya sejarah perjuangan jihad mereka, bersih dipadam daripada minda secara sistematik.



http://2000n.wordpress.com/2011/01/05/menjejak-lanun-bangsa-mujahid-di-nusantara/




Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP