Rabu, 29 Julai 2009

TERBILANG KAH PEMIMPIN KITA.....?


Insyallah sabtu ini pertandingan untuk wakil 7 akan berlangsung dengan sengitnya. Beberapa rakan bloger telah pun membuat ulasan mengenai pelbagai "Kepelikkan" atau juga sandiwara para peraih undi juga calon-calon wakil 7. Apa yang menariknya disini budaya wang saku maku ganti kepada rasuah terus memainkan peranan yang begitu jitu dan padu...



Restoran mulai penuh dengan manusia-manusia yang berjuang dengan agenda masing-masing. Gelak tawa turut kedengaran dan tidak kurang pula kelompok yang bercakap dengan cara seakan-akan berbisik. Masing-masing punyai hak berbuat sedemikian. Calon wakil 7 mulai membuka mulut bercakap seakan-akan tiadalah orang lain yang hebat pengetahuanya mengenai politik melainkan dia seorang. Kroni dan penyokongnya terus mendengar dengan khusyuk..memerhati terus memerhati...Kasihan...

Di satu sudut lain kedengaran suara-suara sumbang Pemimpin atasan yang menyeru agar individu atau calon ini perlu ditumbangkan. Sikap ingin berkuasa terus menjadi impian setiap pemimpin. Namun tidak di nafikan juga apabila terdapat beberapa inidvidu atau calon yang mencanangkan diri mereka bahawa merekalah pejuang sebenar yang terbilang...Yang kenal permata dan intan berlian....Pendek kata merekalah pejuang sejati iaitu pejuang kepada perkara yang perlu diperjuangkan....(Tak tahu lah sama ada berjuang dengan periuk nasi atau pangkat, kita kena tunggu dan lihat aje lah)....

Yang paling penting kita sebagai permerhati perlu menilai semua itu...bukan semua orang kita boleh percaya dan begitu juga lah sebaliknya..... Persoalanya Terbilangkah pemimpin kita jika seperti ini....???

Bersama kita fikirkan...!


Read more...

Ahad, 19 Julai 2009

LAGI.. CATATAN MENGENAI SAUDARA ROSLAN HAJI MANSHOR



SELEPAS SOLAT SUBUH sebentar tadi saya berkesempatan berjumpa dengan saudara Roslan Haji Manshor. Banyak isu dibincangkan terutama mengenai susulan beliau terhadap permasalahan Sk Tamau dan Air Bersih di daerah Kota Belud. Beliau ada menyatakan bahawa beliau telah membuat susulan kepada JKR Kota Belud mengenai Sk Tamau dan di maklumkan bahawa salah satu masalahnya adalah berpunca daripada kontraktor yang sering bertukar-tukar. Namun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, JKR dan masyarakat Kampung Tamau akan sentiasa memantau kelewatan ini. Pendek kata tindakan telah pun diambil oleh pihak-pihak yang berkenanan. Malahan YB Datuk Rahman ada menghubungi beliau bertanyakan masalah ini.

Masalah Air bersih di Kota Belud pun, beliau telah maklumkan bahawa sebelum ini pun YB Datuk Rahman ada membuat perjumpaan dengan penduduk masyarakat Tamau selepas solat Jumaat di masjid Taman selatan baru-baru ini. Menurut ulasan daripada YB Datuk Rahman, masalah ini berpunca daripada keadaan paip di Kota Belud yang telah uzur dan rosak, lama dan berkarat serta bersaiz kecil. Ini tidak dapat menampung tekanan air yang tinggi dari loji baru yang baru dibina. Setiap kali loji di Kg Bayayat itu dibuka sepenuhnya, paip akan pecah. YB turut menyatakan bahawa kemungkinan kos diperlukan untuk menampung pembaikpulihan ini menjangkau jutaan ringgit. Namun YB akan berusaha menangani masalah ini secepat mungkin..

Masalah kawasan Agropolitan pula, saudara Roslan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan, dan beliau turut menyatakan masalah ini boleh diselesaikan cuma perlukan masa dan sikap keterbukaan semua pihak.

"Keadaan cuaca sekarang menyebabkan hasil nelayan tidak menentu, kasihan rakan-rakan yang bekerja sebagai nelayan sepenuh masa". Itulah kata-kata yang di lontarkan oleh saudara Roslan apabila saya bertanya tentang kerja "part time" nya sebagai nelayan. Beliau menyatakan bahawa para nelayan sekarang perlu dibantu namun tanpa kerjasama daripada diri mereka sendiri pasti pihak-pihak yang ingin membantu akan menghadapi kesukaran. Dari sudut lain, para petani sekarang pun perlu didedahkan dengan pelbagai kemajuan teknologi berkaitan dengan pertanian. Tidak semestinya nelayan mesti kena buat tugas nelayan begitu juga petani.



Menyentuh senario politik semasa, beliau amat kecewa dengan sikap beberapa individu yang terlalu menyalahkan kerajaan malahan sikap individual sekarang yang suka menunding jari kepada orang lain demi menutupi kesalahan sendiri menjadi pemangkin kepada bencikan kerajaan. Pada beliau, setiap manusia punyai kelemahan tersendiri dan adalah tidak wajar kita terus meletakkan hukuman kepadanya. Hakikatnya beliau merasa kecewa dengan keadaan politik semasa dan berharap agar kemelut ini tidak berterusan supaya tidak merugikan negara kita. Pada beliau sesiapapun yang menjadi pemimpin tidak ada masalah cuma yang paling penting mengutamakan rakyat, "1Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kita kena berani menyahut slogan PM kita". Itulah kata-kata beliau ketika Mengakhiri perbualan kami. Pendapat dan idea beliau amat saya hargai. Sebagai anak muda, saya cukup kagum dengan cara dan pendapat-pendapat yang beliau lontarkan.

Seperti yang saya katakan tadi sebenarnya banyak isu yang kami bincangkan cuma penulisan saya kali ini berdasarkan kepada apa yang saya masih ingat, lagipun biarlah isu-isu yang lain saya sentuh dalam posting yang lain....



Read more...

Khamis, 16 Julai 2009

BLOGGERS DI KOTA BELUD ...ORANG YANG SAMA...?

Saya amat berbangga apabila jumlah para blogger di Kota Belud semakin bertambah. Namun menjadi pertanyaan atau persoalannya kehadiran blogers baru ini menyebabkan rakan bloger yang lain dan aktif tiba-tiba menghilang begitu sahaja....Kemana kah rakan-rakan bloger ini...? Turut menjadi pertanyaan, mungkin kah orang yang sama atau memang orang lain?????

Seorang rakan blogers ada menghantar sms kepada saya yang menyatakan rakan-rakan blogers kita mula mencari "Kuda" lain pula. Tidak tahu lah kesahihanya...pendek kata tunggu dan lihat aje lah...

Cuma pada pendapat saya, kaedah seperti ini sebenarnya hanya merugikan kita. Pada saya semua ini hanya untuk merehatkan minda..ibarat membaca cerita-cerita lucu yang terkadang mempunyai "ISI" yang baik dan tidak lupa juga banyak yang lebih burukkkk....!




APA YANG PASTI KITA AKAN DI PUJI ATAU DI TERTAWAKAN...???? FIKIRKANNN...

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP