PETANI SUKU IRANUN
salam ramadhan
Pertanian merupakan salah satu
sumber rezeki masyarakat Iranun di kota Belud. Bidang ini kini mulai mendapat
pengiktirafan sebagai penyumbang kepada ekonomi bukan sahaja di sabah bahkan
di malaysia. Kota Belud telah menerima
satu gagasan pembangunan dalam konteks pertanian berasaskan Padi iaitu Projek
Jelapang Padi. Isu ini banyak mendapat reaksi positif dan tidak ketinggalan
juga reaksi negative sehinggakan menjadi bahan usikan nakal buat YB. Datuk Haji
Musbah Jamli yang sehingga kini memperjuangkan penting nya jelapang Padi ini
diwujudkan.
Sebagai anak jati Kota Belud dan
anak suku kaum Iranun, saya terpanggil untuk mengutarakan sedikit pandangan
berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh para petani suku tercinta kita. Soal
isu Kepolitikan biarlah orang lain yang mengulasnya. Dari apa yang saya lihat,
masyarakat kita yang terlibat dalam bidang ini hampir keseluruhanya memilih
sebagai “Side-Income”.
Keterlibatan para petani suku
Iranun sekarang mengalami "evolusi" kearah
pasca baru. Orang lama sudah mulai merehatkan badan, kini usaha ini diteruskan
oleh kelompok muda yang berjiwa Tua. Kebanyakkan para petani sekarang adalah
mereka yang mempunyai kerjaya tetap. Penanaman Padi ini hanya dianggap sebagai
“Side – Income” dan cara pengusahaannya pula lebih kepada “Ali Baba”.
Di Malaysia, negeri kedah
merupakan negeri yang mendapat jolokan sebagai negeri Jelapang Padi. Melihat kaedah terutamanya
sistem perparitan yang digunakan amatlah jauh bezanya dengan sistem yang kita ada
di Kota Belud. Mungkin melihat senario ini, Semangat YB. Datuk Haji Musbah
Jamli berkobar-kobar untuk merubah kehidupan para petani daripada hidup bersawah padi secara tradisional kepada lebih inovatif sejajar dengan teknologi yang ada sekarang.
Namun, seperti yang kita maklum
masyarakat kita mempunyai sikap yang berbeza dengan sikap suku kaum yang lain
di daerah ini. Masyarakat kita lebih suka bersikap menentang daripada mengikut.
Sikap seperti ini lah menyebabkan pembangunan dari segi ekonomi menjadi lembab
dalam suku kaum kita. Secara jujurnya, sikap ini banyak menyumbang kepada
kejatuhan nilai bangsa kita sendiri. Selain menentang, masyarakat kita juga
lebih suka bersikap menjadi pemimpin atau pun BOSS. Cuba kita perhatikan,
kebanyakkan petani sekarang memilih untuk mengupah orang luar atau bahasa cantiknya “Pendatang Asing”. Sistem yang
diamalkan bahagi dua kadar keuntungan. Side lain kita Nampak cara ini
menyenangkan kita, hakikatnya cara ini menuju kepada kehancuran ekonomi suku
kaum kita.
Sikap pemalas mulai bertapak
kedalam jiwa kita, pendatang asing mendapat ilmu juga keuntungan tetapi kita
hanya mendapat keuntungan dalam kerugian. Ilmu membaja misalnya bukan boleh
dibuat secara semborono apatah lagi kaedah dan racun yang hendak digunakan.
Anak-anak kita menjadi buta dalam celik , orang lain berlumba-lumba mencari limu
kita pula berlumba-lumba menjadi BOSS yang dalam kesakitan. Bila ditanya,
biarlah anak-anak saya bekerja denga kerajaan, hujung bulan dapat gaji. Lagipun
sekarang zaman moden, semua main klik saja. Sikap ini lah juga menjadikan suku
kaum kita lemah untuk berdikari. sejak kecil kita diasuh dan dididik menjadi
penerima cukup apa yang ada. Padahal suku kaum kita, terkenal dengan sikap
juang yang tinggi lagi kental. Mungkin sikap ini hanya pada kekuatan fizikal
sahaja bukan pada mentalnya.
Masyarakat kita juga cepat "berasimilasi" dengan teknologi, namun teknologi yang dimaksudkan lebih kepada
“Santai Minda Pollitik” FB, TWITTER, TELEGRAM, WHATSAPP, WECHAT dan banyak
lagi. Sehinggakan peluang yang ada tidak digunakan dengan sepenuhnya. Di
kedai-kedai kopi, tua muda cerita pasal aplikasi ini. Kemodenan dalam
kemunduran, moden isu politik tapi mundur dalam ekonomi. Adakah kita sanggup melihat peluang yang ada terus direntap oleh suku lain. Kita banyak menyalahkan kerajaan mahupun pemimpin kerana tiada bantuan mahupun peluang yang diberi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kita. dari sudut lain, Gajah didepan mata kita, langsung tak nampak...Semut diseberang laut pula kita boleh melihatnya..
Insha Allah akan Bersambung…..
tulisan ini sekadar coretan dari anak iranun yang cintakan kejayaan sukunya.
0 comments:
Catat Ulasan