Khamis, 16 April 2009

AHLAN WASALAN.....

Pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama tidak "update" laman blog ini. sebenarnya saya banyak benda yang kena urus. alhamdulillah, kedai komputer kami baru aje beroperasi dan setakat ini rezeki Allah semakin hadir.

Pada 14.03.09(sabtu) adalah hari baru untuk saya, dan syukur kerana saat yang amat mendebarkan telah berjaya dilalui, tarikh dan hari itu merupakan tarikh dan hari yang keramat untuk insan sperti saya kerana ketika itu saya telah sah diijabkabulkan dengan sseorang gadis manis nun jauh di daerah kulim, kedah. kehadirannya dalam hidup saya amat bermakna. saya berdoa semoga kehadirannya akan dapat menyerikan lagi hari-hari yang mendatang.

Ok lah, cukuplah setakat ini saya berkongsi sedikit coretan hidup saya.... Apa khabar bloger-bloger n pembaca-pembaca bloger sekalian......bloger boleh...! pembaca pun boleh...!

Ada satu cerita, nak kongsilah kata kan. alkisah... pak pandir pergi ke market(pasar ikan)untuk membeli lauk makan tengahari. sesampai ditempat menjual ikan pak pandir pun terus menuju kearah meja no 10 seraya bertanya ini kan berapa harganya? penjual berkata Rm6 sekilo,Pak pandir berterus berkata oklah bagi saya 3 kilo k. penjual pun terus meletakkan ikan kedalam plastik berisi air. sesampainya dirumah Pak pandir terus memanggil mak andih sambil berkata, tolong masak ikan masak asam pedas k. Tiba-tiba Mak andih teriak meminta tolong kat Pak pandir kerana ikan yang pak pandir beli itu masih hidup...bang macamana nak masak ikan ini dok lompat sana lompat sini....! "ala rendamkan lama-lama dalam air matilah ikan tu,jawab Pak Pandir Selamba.... kita fikirlah apa pengajaran disebalik cerita ini.... selamat mencuba moga dapat berjumpa di lain masa......

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP