Ahad, 1 Jun 2014

JIHAD BANGSA IRANUN





Gambar sekadar hiasan







Suku Iranun merupakan suku minoriti di negeri sabah. Namun suku ini mempuyai sejarah  perjuangan  yang cukup unik dalam mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka. Sehingga kini masyarakat suku Iranun terkenal dengan sikap keberanian mereka didalam mempertahankan hak dan budaya hidup mereka. Masyarakat ini banyak menetap di daerah Kota Belud dan kebanyakan mereka tinggal dipesisiran pantai. Dari sudut keagamaan, masyarakat ini amat kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam sehinggakan ramai melahirkan pakar-pakar dalam bidang Agama Islam khususnya di daerah Kota Belud.


Secara jujurnya saya amat tertarik dengan tulisan dari saudara Firdaus Azinun yang mana beliau menyentuh soal perjuangan sebenar suku kaum ini sehingga digelar "LANUN".



1.      Tidak ramai yang sedar istilah ‘LANUN’ adalah berasal daripada perkataan ‘Iranun’ yang merupakan salah satu kaum di Sabah. Iranun bermaksud “Berkasih-kasihan” yang menunjukkan wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim. Negeri asalnya adalah Tempasuk dan di jajahan Riau mereka di sebut ‘Ilanun’.


2.       Suku Iranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat british borneo utara (SBBU) yang pernah menjajah negeri Sabah.  Penjajahan SBBU di Sabah telah membangkitkan semangat Jihad dikalangan suku Iranun, menyebabkan para pembesar mereka mengisytiharkan perang dan kawalan ketat dikawasan perairan kepulauan Melayu.


3.       Perbuatan SBBU yang merompak kekayaan tanah air mereka, telah dibalas dengan beberapa siri serangan dan rampasan terhadap kapal-kapal penjajah yang melalui perairan di kepulauan Melayu. Sikap berani dan kepandaian mereka didalam bidang pelayaran telah membantu dalam menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam serta senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang.


4.       Semangat perjuangan kumpulan Iranun ini mula meledak ketika berlakunya penjajahan Belanda dan Sepanyol pada penghujung abad 17. Justeru mereka melakukan operasi besar-besaran untuk berkawal di sepanjang Selat Melaka, Kepulauan Sulawesi dan Perairan Filipina. Operasi ini telah dibiayai oleh Kesultanan Sulu, Cotabato, Siak dan Sambas. Sekaligus membolehkan mereka mengawal hingga ke Teluk Benggal, dan New Guinea.


5.       Penguasaan mereka hampir di seluruh perairan Kepulauan Melayu telah  menyakitkan hati pihak Penjajah dan menakutkan syarikat-syarikat kolonial Barat. Laluan perairan sudah tidak selamat lagi untuk aktiviti perdagangan. Justeru, pembesar-pembesar mereka diberikan berbagai anugerah dan digelar ‘Datu’ sebagai penghargaan. Sebaliknya pihak barat pula mengecop mereka semua sebagai bajak laut dengan panggilan LANUN.


6.       Tuhfat An-Nafis karangan Raja Ali Haji pada 1865, lebih jelas menceritakan penglibatan bangsa Iranun ini dengan gerakan Jihad. Ia lebih membuktikan mereka sebenarnya adalah pejuang fi sabilillah dan bukanlah penjenayah seperti yang disebutkan didalam buku2 orientalis barat.


7.       Walaubagaimanapun istilah lanun yang digunakan untuk menghina bangsa Muslim ini, telah dikekalkan dalam sistem pendidikan malaysia. Sebaliknya sejarah perjuangan jihad mereka, bersih dipadam daripada minda secara sistematik.



http://2000n.wordpress.com/2011/01/05/menjejak-lanun-bangsa-mujahid-di-nusantara/




0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP