Jumaat, 26 Jun 2009

HATI SEORANG ANAK KECIL




ALANGKAH baiknya andai hati kita ini seperti hati seorang anak-anak kecil. Perhatikanlah mereka, setiap kehendak mereka mesti kita patuhi, andai putih maka putihlah dan andai hitam maka hitam lah ia. Apa yang mereka katakan dan inginkan, kita sebagai ibu bapa perlu dipatuhi. Sikap mereka ini terlalu bersungguh-sungguh didalam dia berusaha memiliki sesuatu. Andai tak kena gaya, anak kecil itu pasti akan duduk di lantai depan kedai sambil menghentak-hentak kakinya di sulami jeritan dan tangisan "Nak Bola juga...nak bola juga!". Akhirnya kita pun akur, dalam sedar atau tak sedar duit ada atau cukup tak cukup kita belikan juga bola tersebut.

Hati anak kecil, hati waja, keras macam batu. Setiap kehendak dan kemahuannya kita kena turuti dan andai tidak diikuti boleh bergoncang dunia!. Alangkah baiknya andai hati kita seperti itu, bertegas dalam membina semangat. Tetapi hakikatnya semakin usia kita bergerak kehadapan semakin layu pula semangat kita. Kata orang, bukan lemah tapi rasional. Benarkah rasional atau malas??? Tidak kira kita bergelar orang tua, belia, remaja sikap malas tetap wujud dalam kamus hidup kita. Cuma kadang-kadang ia dapat menguasai ataupu menjadi hamba pada empunya diri.

Apapun kita semua tahu bahawa segala yang kita usahakan pasti membuahkan hasil, bukan didunia mungkin di akhirat. Ibaratnya seperti kita menyuap nasi kedalam mulut lah, tidak pernah pula kita melihat atau mendengar orang menyuap nasi tak masuk kedalam mulut, asyik "Missed" aje. Kecualilah orang itu ditimpa penyakit-penyakit tertentu. Melihat kepada senario masyarakat kita kini, perkataan malas semakin popular kerana terlalu ramai yang sedang bercinta dengan sikap seperti ini. Cuba perhatikan remaja masyarakat di daerah kita. mereka lebih gemar melepak daripada membuat sesuatu yang berfaedah. Adakah kerana salah pada kerajaan atau pun ibubapa...???. (Kita fikir bersama)

Andai zaman dahulu datuk-datuk kita bekerja keras untuk sesuap nasi tetapi zaman sekarang ramai dan ada sebahagian orang kita bekerja "Keras" untuk menghabiskan harta ibubapa mereka dan yang paling menyedihkan apabila ia dibelanjakan melalui jalan yang menyimpang jauh dari ajaran Islam.


Satu lagi, anak kecil tidak mudah berkecil hati. Bergaduh selalu tetaapi tidak pernah melalut sampai tujuh keturunan. Selalunya apabila bergaduh bukan main beria, tetapi tidak lama kemudian mereka akan berbaik semula. Itulah hebatnya hati seorang anak kecil.....! Tetapi bagaimana dengan remaja, belia dan retua yang bergaduh..? Orang tua andai bergaduh amat menakutkan dan kadang-kadang amat melucukan..." Tujuh keturunan engkau aku haramkan pijak tanak aku!". Mungkin ayat dan dialog ini sentiasa kita mendengarnya kan... Kan seronok andai kita seperti anak kecil, bergaduh berpukul pun tidak lama kemudian berseronok pula mereka, LANGSUNG TIDAK DENDAM MENDENDAM.... Bukan kita menyesal pada takdir tetapi kenapa kita manusia apabila dewasa sukar untuk bersikap rajin, hormat menghormati, sayang menyayangi dan tidak bersikap pendendam iaitu menjadi seorang yang pemaaf....???

1 comments:

SI RENGIT 30 Jun 2009 pada 8:47 PTG  

salam,

kan best kalu hati kita semua macam anak kecil, mesti tak da perbezaan ideology kn...aman dunia...

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP