Sabtu, 11 Julai 2009

LAGI...SEDIKIT CATATAN MENGENAI SAUDARA ROSLAN MANSHOR



Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan beliau di Pantai KG. Tamau ketika hendak membeli ikan. Saya sempat mengatakan kepada beliau bahawa beliau layak sebagai nelayan dan tak perlu lah kerja dengan kerajaan. Sambil tergelak beliau mengatakan bahawa pekerjaan sebagai nelayan ini dah sebati dengan diri beliau, bagi beliau menjadi nelayan adalah sesuatu perkara yang amat menyeronokkan. Malah beliau berkata kehidupan nelayan memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Berbeza denga politik, kadang-kadang ramai rakan yang menyokong dari belakang tetapi ibarat gunting dalam lipatan. Satu lagi yang ada pada orang politik adalah sikap memburuk-burukan orang lain, malahan tanpa kenal dan usaha mengenal seseorang pemimpin itu, kita terus di cap sebagai kaki ampu, kaki judi, kaki kaut harta rakyat, sombong, ego, haprak, dan sebagainya lagi. Mengikut beliau, situasi ini amat menyedihkan dan sungguh memilukan.


Apa yang saya nampak keikhlasan beliau terpancar diriak wajahnya, saya tahu beliau amat terkilan dengan situasi sekarang. Menyentuh keriar politik beliau, En. Roslan merupakan "Orang Lama" dalam perjuangan USNO dan sekarang UMNO di sabah. Pada saya, beliau bukanlah manusia sempurna seperti apa yang orang lain inginkan. Namun, saya akui tanpa sokongan daripada orang lain, beliau tidak akan kemana... Saya ingin tegaskan disini bahawa beliau bukan lah calon yang pertama pilihan masyarakat Kota Belud, tetapi pada hemat saya, beliau adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Tepuk dada tanya selera....



Menelusuri perbualan kami di Pantai Kg. Tamau, saya sempat mengajukan persoalan mengenai kelewatan pembinaan SK. Tamau kepada beliau yang sedang membetulkan pukatnya (rantau yan), beliau menyatakan bahawa beliau akan cuba bertemu denga Jurutera JKR Kota Belud, Guru Besar Sk. Tamau, Pengerusi PIBG Sk. Tamau dan PPD Kota Belud bagi mendapatkan ulasan mereka. Menyentuh Soal masalah air bersih di daerah Kota Belud pula, beliau tutut menyatakan akan cuba berbincang dengan Datuk Rahman dan Datuk Haji Musbah mengenai masalah ini. Apapun beliau turut menyatakan akan cuba menghubungi beberapa "pemimpin" yang lain untuk mendapatkan nasihat daripada mereka. Tambahnya, Tanpa kerjasama daripada semua pihak segala permasalahan pasti akan susah untuk diselesaikan. Beliau turut berharap agar para cendikiawan masyarakat Kota Belud tampil memberikan cadangan bukanya hanya tahu memberikan komen sahaja dan seterusnya memburuk-burukan kerajaan sahaja.



Oleh kerana cuaca pada pagi ini kurang baik, perbualan kami ini terpaksa berhenti di situ sahaja. Namun saya akan cuba bertemu dengan beliau lagi untuk mendapatkan ulasan mengenai isu semasa terutamanya di daerah Kota Belud. Tapi apa yang paling seronok apabila saya dapat membeli Ikan langging yang masih fresh lagi, mesti sedap dibakar, piaren atau goreng. Oh ya, Insyallah beliau turut mengatakan bahawa satu projek untuk masyarakat nelayan di KG. Tamau, Pintasan, Kota Bungan, Merabau dan penduduk sekitar pantai ini akan dilaksanakan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja lah...

Read more...

Ahad, 5 Julai 2009

MARI BERTEKA TEKI...



Kepada rakan-rakan bloger, mari kita mencuba minda kita dengan beberapa teka-teki ini.. Sekadar Santapan minda sahaja...





Soalan Pertama

Bende ape yang bile simbah air sebanyak mane pon kedalamnye paras air nye setakat tuu je tak naik-naik?


Soalan Kedua

Kenape pemandu teksi mintak duit nanti kenape die tak mintak duit dulu sebelom die mulakan perjalanan?


Soalan Ketiga

Pergi terbang balik berenang ape mende tu , jawabla kalo tere?


Soalan Keempat

Ade sorang ni die nak bawak seekor kambing sehelai sirih dan seekor harimau keseberang sungai dari darat 1 ke darat 2, tapi sampan die boleh bawak 2 penumpang jer termasuklah orang tu sebagai pengemudi sampan , kat dalam satu tempat tak boleh letak due bende yang boleh dimakan antara satu sama lain .

Contoh:kambing dengan sirih. sebab kambing boleh makan sirih macam mane orang tu nak bawak tiga-tiga ni ke seberang sungai?



Soalan Kelima

Orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?


Soalan Keenam

Satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit?



hehehe marilah cuba jawab kalu berani....

Read more...

Jumaat, 3 Julai 2009

MANUSIA OH MANUSIA


Setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan, lantaran itu kita sebagai makhluk yang bergelar manusia haruslah bersyukur dan memperbaiki segala kelemahan masing-masing. Nabi pernah bersabda" Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik". (Imam Muslim). Namun pergaulan yang baik hanya wujud apabila manusia melihat dirinya dan manusia lain sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada penciptanya.

Setiap manusia dilihat sebagai makhluk yang mempunyai kelebihan tersendiri yang dianugerahkan Allah. Kelebihan-kelebihan ini menjadi lebih hebat apabila digabungkan dalam satu pakatan dan kerjasama. Justeru, Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud, "Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan". Jelas disini bahawa kita mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dalam sesuatu perkara terutama yang berkait dengan hubungan sesama manusia selagi ia tidak tersasar dari landasan Islam.

Manusia sebenarnya berpotensi. Apabila potensi ini tidak digilap, ia diselimuti depu dan akhirnya menjadi malap. Benar sabda nabi yang bermaksud, "Manusia (berpotensi) seperti lombong-lombong emas dan perak. Individu yang baik pada zaman jahiliahnya akan menjadi baik pada zaman Islamnya jika dia faham kebenaran". (Imam Muslim) . Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini menunjukkan minda penting bagi mencapai kejayaan. Apabila minda kita faham, seluruh jasad akan turut faham. Justeru untuk menilai seorang pemimpin dan kapasitasnya maka kita kena masukan kedalam minda informasi yang suci lagi murni agar penilaian kita adil dan saksama....

Bersama kita fikirkan...






Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP