Selasa, 16 Februari 2021

TERUS MELANGKAH!

Alhamdulillah, hari kedua pelaksanaan program Kursus Perakaunan Berkomputer (JPSM). Seramai 25 orang terlibat secara ONLINE-Google Meet, walaupun tidak dapat berjumpa secara bersemuka, semangat para peserta sangat tinggi.

Kursus kali ini ramai pesertanya dari pelbagai lapisan masyarakt. Sembang santai waktu rehat banyak yang kita perolehi maklumat terutama  meneruskan kehidupan dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.

Cukup sedih apabila dibagitau rakan-rakan mereka yang dulunya mempunyai pekerjaan yang agak baik terpaksa menghadapi kehidupan yang agak susah kerana telah diberhentikan kerja. Malahan daripada kerjaya berikon kini sanggup bekerja apa sahaja janji halal. Sungguh besar cubaan ini, moga semunaya dipermudahkan. Bagi mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, masa lapang ini diisi dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai kementerian secara percuma. Tahniah kerana mengambil insiatif untuk terus bergerak kehadapan.

Jujurnya besar manfaat para peserta perolehi ketika menghadiri kursus ini, Terima Kasih JPSM dan Syarikat Moutain Gold kerana memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan program kali ini.

Esok pasti mencabar tetapi pasti ada hikmahnya! 

0 comments:

Catat Komen

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP