Jumaat, 3 Julai 2009

MANUSIA OH MANUSIA


Setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan, lantaran itu kita sebagai makhluk yang bergelar manusia haruslah bersyukur dan memperbaiki segala kelemahan masing-masing. Nabi pernah bersabda" Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik". (Imam Muslim). Namun pergaulan yang baik hanya wujud apabila manusia melihat dirinya dan manusia lain sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada penciptanya.

Setiap manusia dilihat sebagai makhluk yang mempunyai kelebihan tersendiri yang dianugerahkan Allah. Kelebihan-kelebihan ini menjadi lebih hebat apabila digabungkan dalam satu pakatan dan kerjasama. Justeru, Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud, "Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan". Jelas disini bahawa kita mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dalam sesuatu perkara terutama yang berkait dengan hubungan sesama manusia selagi ia tidak tersasar dari landasan Islam.

Manusia sebenarnya berpotensi. Apabila potensi ini tidak digilap, ia diselimuti depu dan akhirnya menjadi malap. Benar sabda nabi yang bermaksud, "Manusia (berpotensi) seperti lombong-lombong emas dan perak. Individu yang baik pada zaman jahiliahnya akan menjadi baik pada zaman Islamnya jika dia faham kebenaran". (Imam Muslim) . Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini menunjukkan minda penting bagi mencapai kejayaan. Apabila minda kita faham, seluruh jasad akan turut faham. Justeru untuk menilai seorang pemimpin dan kapasitasnya maka kita kena masukan kedalam minda informasi yang suci lagi murni agar penilaian kita adil dan saksama....

Bersama kita fikirkan...






Read more...

Selasa, 30 Jun 2009

ANTARA JUAK ATAU PUAK


Setiap manusia di dunia ini amat mementingkan soal maruahnya. Kita tidak akan berdiam diri andai maruah kita di persendakan, malahan sehingga sanggup mati demi kerana maruah. Namun dalam zaman ini terlalu dan teramat ramai orang yang mula meletakkan harga dirinya terlalu murah dan membiarkan maruahnya dipersenda dan di pijak-pijak oleh orang lain. Kelompok ini amat memalukan dalam masyarakat kita, sehinggakan jika tidak di"Usir" dalam masa terdekat ini berkemungkinan ia akan menjadi kudis yang sedap di garu tetapi sakit di pandang..


Saya bukanya anti pada poltik ataupun para penganutnya, tetapi berasa terlalu sedih apabila politik itu dicemari dengan pelbagai muslihat. Tidak kira penganutnya berpendidikan mahupun tidak "Politik" menjadi pertaruhan dalam mencapai agenda tersendiri. Lantaran ideologi yang berbeza maka lahirlah juak-juak atau mungkin juga puak-puak masing-masing. yang kononya untuk kepentingan kaum masing-masing. Saya tidak kisah andainya ideologi tidak memberikan kesan yang amat kejam kepada penganutnya, tetapi cuba saudara-saudara lihat bagaiman dengan perbezaan pendapat sahaja banyak mencetuskan fitnah memfitnah, caci mencaci, cera mencerca dan akhirnya timbul isu tidak bertegur sapa dan sumpah menyumpah dikalangan masyarakat kita.

Malahan apa yang kita nampak keadaan sekarang adalah siap yang menjadi pemimpin maka juak atau puaknya pasti banyak projek, rumah mulai di ubah suai, kereta ditukar denga kereta baru lagi mahal dan macam-macam lagi lah. Sebenarnya politik itu bukannya kejam tetapi yang menyebabkan kalimat suci itu di takuti dan dibenci adalah disebabkan oleh para penganutnya. Benarlah kata seorang insan kerdil dari kaum Iranun " Kadang kala kita akan dapati musuh utama kita adalah diri kita". Benarlah juga kerana perkataan politik itu menjadi kotor disebabkan oleh penganutnya.

Perkara yang kita tidak boleh kompromi apabila para penganut politik ini turut membelakangkan ajaran suci Islam. Banyak kes-kes yang didedahkan kepada umum seperti bomoh membomoh untuk mendapatkan gelaran YB dan banyak lagilah. Juak atau puaknya terus berteriakan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan "Demi Harta" mereka. Atas alasan hanya mereka yang memahami perjuangan pemimpin mereka. Disebabkan hal sebegini terlalu ramai kita lihat Pemimpin yang berdiri dari air mata orang lain.


Apa tidaknya, segala sokongan yang diberikan selama ini dipersiakan dan selepas pilihanraya baru masyarakat kita tahu siapa sebenarnya mereka ini, belangnya bukan kecil tetapi lebih daripada belang pak belang. Segala permasalahan cuba di ketengahakan tetapi pemimpin kita sehingga sekarang berjanji dan terus berjanji sahaja. Nah lihat sahaja Sekarang ini, timbul pula masalah didaerah kita yang tercinta ini mengenai projek Agropolitian yang cuba dilaksanakan di salah satu kg di daerah ini. Bantahan demi bantahan di kemukaan tetapi YB kita tetap membisu tanpa sebarang ulasan...

Oleh itu, Bajai lah diri kita dengan Islam, biar melahirkan generasi yang tahu nilai Islam... tidak rakus pada jawatan, harta dan nama. Apa ada pada nama, jawatan dan harta kalau tidak melihat penderitan orang lain sebagai sumber inspirasi terutama kepada pemimpin. Baiki dan sentiasa berusaha demi amanah masyarakat tercinta...

Read more...

Ahad, 28 Jun 2009

SEDIKIT SEJARAH HIDUP ROSLAN HAJI MANSHOR




Berdasarkan kepada penulisan saudara depu-depu dan batu gadung saya turut tertarik untuk berkongsi sedikit tentang peribadi Insan yang bernama Roslan Bin Haji Manshor ini. Saya akui perjuangan beliau didalam arena politik memang tidak dapat dinafikan. Seingat saya lah beliau ini mula berkecimpung dalam arena politik sejak tahun 1970-an lagi semasa era pemerintahan USNO ketika itu, sehinggalah kemasukan UMNO pada tahun 1990-an beliau tetap menjawat jawatan sebagai setiausaha Cawangan Kg Tamau sehingga sekarang (skg Taman selatan).



Pada hemah saya pengalaman yang beliau perolehi cukup banyak dan berharga untuk beliau jadikan sebagai pedoman dalam kelangsungan politik beliau. Namun seperti yang kita ketahui, semua itu bukannya sandaran untuk kita menilai kebolehan beliau. Perlu diingat juga tentang ungkapan "Tak kenal Maka Tak Cinta" kerana setiap yang baik ada buruknya dan setiap orang pasti ada "Musuhnya", begitulah juga dalam arena politik di negara kita. Sebaik manapun seseorang itu pasti ada insan lain yang kurang senang dengan gerak geri beliau. Itu lah Manusia.....




Untuk menjadikan seseorang itu pemimpin, ia haruslah bermula daripada langkah pertama, andai benarlah saudara Roslan Haji Manshor ini bakal pemimpin pelapis dalam masyarakat Kota Belud amnya, satu "kerterbukaan minda" perlu dilakukan oleh setiap orang demi kebaikan setiap kaum dan agama. Secara jujurnya juga andai beliau bertindak untuk mewaklili ataupun secara tepatnya" Hanya untuk pemimpin Suku Iranun" saya amat tidak bersetuju. kerana seperti yang kita mahukan biarlah beliau menjadi "Hero" untuk semua etnik Di Sabah khususnya dan Malaysia amnya..




Bagi saya ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang diri beliau. Adalah terlalu zalim juga andai kita melihat dari aspek tertentu sahaja didalam menilai kewibawaan beliau. Selain dari segi sikap, beliau ini juga merupakan seorang yang hidup sederhana seperti kita juga, apa yang saya lihat setiap waktu malam beliau akan bersama-sama dengan masyarakat nelayan di sekitar beberapa buah kampung di daerah Kota Belud turun ke laut menangkap ikan. Hal ini amat perlu pada seseorang andai ingin jadi pimimpin, kerana beliau faham keadaan sebenar rakyatnya apatah lagi selain bidang pertanian masyarakat kita turut terlibat secara langsung dalam bidang perikanan. Beliau juga merupakan seorang petani ketika masa dulu, malah beliau sehingga sekarang mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pertanian. Mungkin disebabkan beliau lahir daripada keluarga dan masyarakat yang sumber ekonominya adalah pertanian dan perikanan.




Atas karisma dan perjuangan beliau dalam arena politik selama ini, tidak hairanlah apabila beliau diberikan penghormataan dengan mendapat Anugerah Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM Sri Paduka baginda Yang Di pertuan Agong pada tahun 2005. Namun begitu teramatlah salah juga andai kita mengatakan bahawa semua yang saya katakan tadi terutama didalam menyatakan kebaikan yang ada pada peribadi beliau sebagai satu PUJIAN tetapi pada saya tujuan utama saya adalah untuk kita berkongsi siapa beliau ini sebenarnya. Terserah kepada kita menilainya....




Apapun ingatlah untuk menjadi seorang peimimpin banyak perkara yang perlu kita perhatikan walapun benda itu sebesar zarah. Allah sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa adil dan prihatin terhadap rakyat malah di khabarkan ketika zaman pemerintahan Umar Al- Aziz tidak ada seorang pun rakyatnya yang miskin, sehinggakan bantuan seperti zakat terpaksa diagihkan kepada masyarakat luar.




Oleh itu, andai sesiapapun yang berniat ingin menjadi pemimpin tolong cermin diri anda....! Bersedia kah kita atau sebaliknya. Andai hanya kerana nama, pangkat dan harta nescaya neraka sahaja tempatnya...."Ganti atap andai Bocor, agar air hujan tidak mencurah-curah masuk kedalam rumah"...

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP