Isnin, 24 Oktober 2016

USAHAWAN BELIA KOTA BELUD








Coffee Table merupakan restoran yang menawarkan makanan berbentuk "Western" di daerah Kota Belud. Restoran ini terletak di bangunan KKMP iaitu bangunan baru. Berdekatan dengan restoran ini adalah bank rakyat dan bank BSN. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan, dari sudut rasa penulis kategorikan sebagai "A".


Penghargaan buat pekerja Terbaik




Kini, "Jiran" terbaru restoran ini adalah Farmasi Aslam. Pemilik restoran ini, En. Norizam Hj Asmara merupakan anak jati Kota Belud dan berbangsa Iranun. Beliau merupakan lepasan graduan dari UITM. Penulis difahamkan bahawa, sebelum restoran ini dibuka, beliau sudah lama menceburkan diri dalam perniagaan namun perniagaan yang beliau ceburi adalah ICT. Semasa dalam pengajian beliau terlibat secara tidak langsung dalam "Board" syarikat mereka ketika itu. Namun setelah tamat pengajian beliau mula menceburi dunia perniagaan secara sepenuh masa dengan menubuhan syarikat Azam Mekar bagi mengendalikan perniagaan sama namun di"Branding" kan semula dengan MTC.







Tidak cukup cabaran dalam dunia teknologi sehingga membawa MTC kepersada Pusat Latihan SLDN di kota belud, kini dengan semangat yg lebih kental dan keyakinan yang jitu, beliau sekali lagi mencabar diri beliau untuk mengendalikan satu perniagaan yang cukup mencabar iaitu Restoran. Bersandarkan kepada ilmu perniagaan yang beliau miliki, sekali lagi, kajian secara tidak formal menjadi pilihan beliau untuk mendapatkan respon daripada masyarakat kota Belud. Setelah perancangan demi perancangan, akhirnya wujudlah Restoran Coffee Table.









Apa yang penulis kagumi dengan beliau adalah semangat yang cukup kental, perancangan yang cukup teliti bahkan ketegasan dalam kelangsungan perniagaan beliau amat dititik beratkan. Sekalung tahniah dan ucapan syabas dari penulis buat En. Norizam Hj Asmara, diharapkan beliau menjadi salah seorang "IKON" belia dalam bidang perniagaan kelak. Bravo..!Selamat Maju Jaya



Read more...

Selasa, 23 Februari 2016

ALKISAH SUKU IRANUN












Pemimpin secara amnya diterjemahkan sebagai ketua. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh berubah-ubah mengikut warna sesuatu keadaan. Kebiasanya pemimpin boleh mewariskan jawatanya kepada orang lain, anak atau kawan terdekat yang boleh dipercayainya.

Kepimpinan pula lebih kepada  merujuk sikap atau perwatakan pemimpin tersebut. Kepimpinan ini agak sukar diwarisi ataupun diperturunkan kepada anak, atau kawan terdekat sekali pun boleh dipercayai.

Dalam suku iranun, pemimpin boleh sahaja diwarisi namun kepimpinan itu agak sukar untuk diwarisi. kehebatan pemimpin yang sedia belum tentu dapat diatasi oleh pemimpin yang ada sekarang.  Kita sering dimomokan dengan suku iranun perlukan pelapis pemimimpin. Sedar tidak sedar slogan itu mulai menghantui kita semua, bahkan datuk-datuk di kampong  mulai melontarkan idea dan kritikan mengenai masalah ini. Penyerapanya cukup drastik sehinggakan pemimpin yang sedia ada termenung memikirkannya. Isu ini menjadi bisul dalam perjuangan suku iranun, pencarian pelapis pemimpin  perlu disegerakan walau apa cara sekalipun. Meskipun perlu kepada penyingkiran pemimpin sedia ada. Sekali pun menongkah arus kepada erti sebenar IRANUN.

Persoalanya sekarang, sejauh mana keikhlasan pemimpin yang ada dan bakal ada untuk memperjuangkan  nasib sebenar suku iranun.  Semuanya kelam, kerana tiada alat yang boleh digunakan. Bukankah kewujudan sebuah Negara bangsa  itu pasti melalui kasakitan dan kesedihan. Bukankah islam itu sendiri melalui cemuhan, penghinaan yang akhirnya membawa kepada peperangan demi mempertahankan islam itu sendiri (Islam bukan lahir dari peperangan). Akhirnya Islam diterima seantero dunia. Ini lah ibarat pemimpin, segala kesakitan dan cemuhan perlu dilemparkan kepadanya. Hanya pemimpin ulung yang boleh bertahan dengan segala dugaan.

Apakah kita perlu menghukum pemimpin terdahulu kerana dia, suku kita mengalami retak seribu, yang teramat sukar untuk dibaiki atau disatukan. Apakah pelapis pemimpin sekarang punyai gam untuk mencantumkan retak tersebut. Apakah Kita sudah punyai ramuan agar suku kita tidak berpecah belah walaupun hakikatnya dalam menyatupadukan  suku kita yang memang terkenal dengan sikap tidak mahu dipimpin dalam politik teramat sukar.

Lontaran “Pemimpin sedia ada hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan sumbangannya kepada suku kita” segala tindak tanduknya hanya lobi dirinya adalah satu tuduhan yang berniat jahat.

Adakah tuan-tuan terfikir cabaran dan rintangan seorang pemimpin yang pada ketika itu terpaksa dipikul oleh beliau. Apakah kita terfikir soal survival beliau dalam politik pada ketika itu memerlukan beliau bersilat disetiap penjuru dan waktu sehingga kononya terabai soal pembangunan suku kita.

Untuk mengekalkan daya kepimpinan  bukanya mudah, sokongan dan bantuan suku kita amat diperlukan. Kesabaran terlalu tinggi untuk dikorbankan apatahlagi masa atau waktu. Mudah kita alpa sehingga menyatakan bahawa suku kita mulai letih dan berang sampai bila suku kita jadi seperti ini. Semua pada kita berjaya kerana kaki sendiri, malahan ada yang berpura-pura tidak mendapat sebarang bantuan dari pemimpin sedia ada. Namun agak janggal bila kita sendiri tidak mengakui bahawa kerana pemimpin yang sedia ada inilah nama iranun mulai dikenali. Kita Bercakap soal kepentingan suku iranun, tapi mempersoalkan sejauh mana pemimpin sedia ada membantu suku ini. Persoalanya sama, sejauh mana kita sendiri membantu suku kita. Jangankan sumbangan dalam politik, sumbangan dalam pendidikan pun mungkin kita tiada sumbangan. Sekolah-sekolah  anak-anak suku kita pun terkebelakang, sepatutnya politik biarlah dianuti oleh ahli politik, pendidikan dianuti oleh ahli pendidik, ekonomi dengan ahli ekonomi, agama biarlah ahli agamanya baru betul. Ini bukan bidangnya pun mahu jadi pengkritik dan pengulas. ibarat mekanik merawat pesakit gigi.

Kita suka sangat melemparkan persoalan. sejak pemimpin yang sedia ada pegang “KAPALA” iranun banyak ketinggalan. Apakah semua itu perlu dipertanggungjawabkan dengan beliau seorang? Bagaimana dengan kita …Ya dengan kita semua yang suka baling batu sembunyi tangan…?

Daripada PISBA, PAGISA, PERISA, WARIS dan lain-lain lagi semuanya boleh dikatakan berorientasikan politik individu tertentu. Suku kita tidak menghalang sesiapa menjadi pemimpin. Hata seluruh dunia pun tiada halangan, tetapi pernahkah kita cerminkan diri kita sejauh mana dan sehebat mana kita boleh memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Jangan kerana kelemahan diri kita, orang lain pula dipersalahkan. Teringat kata-kata pemimpin sedia ada” Saken Aki aya tukang rimbas sa lalan, siantua kabaya mbalui ah pamimpin na unutan yan su lalan ah rinimbasan”.




***HORMATILAH DAN SAYANGILAH PEMIMPIN KITA***


Read more...

Ahad, 31 Januari 2016

PAIKAN KB








Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan ruang untuk saya update blog yang sekian lama agak menyepi ini. Diam tidak semestinya berhenti berkarya kata seorang kawan yang aktif di laman sosial ketika ini. 

Apapun saya amat mengharapkan agar lontaran idea atau pun kritikan yang cuba diadaptasikan  melalui penulisan kelak dapat membuka ruang lingkup pemikiran dikalangan belia masakini. 

Mana yang baik kita perjuangan bersama dan begitulah sebaliknya. Insya Allah moga kehadiran  “PaikanKB” dalam dunia blog kali ini akan menceriakan lagi dunia maya kita.


Salam dari,

PaikanKB

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP