Rabu, 19 Jun 2019

PERJUANGAN TIADA NOKTAH

Secara arafiahnya, kehidupan kita adalah satu perjuangan yang cukup panjang. Ketahanan mental dan fizikal sentiasa dituntut bahkan dalam semua sudut kehidupan masa kini. Ketahanan ini perlu sentiasa dibaja dengan antibiotik kesegaran dalam kehidupan.



Dalam memperlihatkan ketahanan  ini, kita perlulah sentiasa peka dalam meniti cabaran kehidupan. Dalam usia yang cukup muda seringkali kita terbabas terutama dalam memilih rentak kehidupan. Cabaran demi cabaran kita lalui, namun ada yang mematangkan kita dan ada juga yang menyebabkan kita kecundang dalam mengharungi arus kehidupan yang kian deras ini.


Bukan mudah untuk kita lalui semua ini, namun tidak mudah juga untuk kita hindari segala rencam dunia. Mungkin ada yang terus-terusan kecundang namun ada yang berjaya mendaki jua. Tiada siapa yang mampu merubah diri kita selain dari kita sendiri. Segala kekuatan perlu dihimpun kembali, laungan semangat dan keyakinan perlu disemat sekali lagi meski yang tinggal hanya sebesar zarah. Tugas kita hanya merancang, berusaha, tawakkal dan doa. KEMBALI KEPADA FITRAH...!




0 comments:

Catat Komen

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP