Ahad, 22 Ogos 2010

PEMIMPIN OH PEMIMPIN

Perkataan PEMIMPIN nampaknya merupakan satu perkataan yang berhantu. Pemimpin telah menghantui sebilangan besar masyarakat kita hari ini. Di sana sini kita dengar orang bincang soal pemimpin. Yang baru menamatkan alam persekolahan pun sibuk membincangkan soal pemimpin. Yang tuanya pula di warung-warung dan masjid-masjid berbual tentang pemimpin. Yang anaknya boleh mengundi pasti sedaya upaya ibubapanya mempengaruhi pemikiran anak mereka agar membenci si polan bin si polan yang kononya lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Begitu juga Lepasan graduan yang lebih suka menjadi pelontar dan pencetus idea terus-terusan mempertikai dan membincangkan satu topik atau isu ke satu isu mengenai pemimpin. Yang tidak ada pendidikan pun pasti akan bercakap soal pemimpin...begitu besar dan hebatnya perkataan pemimpin ini..





Di sekolah-sekolah para guru sibuk menyatakan kepada anak murid mereka agar belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pemimpin yang disegani. Di samping mereka turut berbual-bual tentang perihal pemimpin. Manakala para pemimpin yang ada pula sibuk bercakap orang yang dipimpinnya tidak tahu bersyukur malahan buta sejarah...Tidak tahu mengenang jasa, buta hati dan mata...malahan terus-terusan menyatakan bahawa mereka lah yang pakar dan bijak dalam soal kepimpinan..alasanya mereka lebih dulu makan garam....





Pendeknya disana sini kita mendengar dan membaca serta melihat soal perkataan pemimpin ini...seolah-olah perkataan pemimpin itu lebih penting daripada solat lima waktu sehari semalam. Kononya bila jadi pemimpin kekayan mudah diperoleh...sungguh hebat dan keji pandangan masyarakat kita ini. Jika benar ini berlaku maka masyarakat kita kini dihantui oleh kebendaan. Orang yang telah dihantui oleh harta bererti orang yang dihantui jiwa kehambaan. Pemimpin seolah-olahnya satu lambang kehidupan. Seorang pemimpin melambangkan golongan "high class"...tinggi pelajaran, jawatan tinggi, senang wang, rumah besar, kereta besar, bini besar dan lain-lain lagi yang tinggi dan mahal. Mereka dimasukan kedalam kelas kolar putih.






Inilah satu perkembangan yang tidak sihat sekalli wujud di dalam masyarakat kita. Masing-masing dengan kelas dan taraf pendapatnya yang tersendiri kesan daripada perkataan pemimpin. Seolah-olah telah wujud satu sistem masyarakat berkasta. Sedangkan sistem kasta anutan agama hindu pun hampir atau telah pupus. Ini pula wujud satu lagi sistem kasta moden kesan daripada perkataan pemimpin yang telah menghantui masyarakat kita. Maka itu tidak hairan masing-masing akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan jawatan pemimpin ini. Kalau kita biasa mendengar perlumbaan seperti walkathon, marathon dan lain-lain thon dianjurkan, terdapat satu lagi thon yang lebih besar, malahan thon yang terbesar abad ini...iaitu LEADERTHON. Kalau thon terbesar selama ini melibatkan hanya 300 hingga 30,000 peserta tetapi LEADERTHON melibatkan berjuta manusia. Sehinggakan ratusan ribu lagi terpaksa menunggu bertahun-tahun kerana gagal mendaftarkan diri menyertai perlumbaan terbesar abad kedua puluhan ini. Mereka ini diberikan gelaran politikus, sehinggakan ada yang diberikan gelaran istimewa iaitu politikus kedai kopi.





Sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam perlumbaan itu Asalkan apa yang dihajati tercapai. Ada yang sanggup menarik baju orang lain. Ada yang sanggup membaling batu pada orang lain. Dan berbagai-bagai cara mereka lakukan asalkan menang perlumbaan.





Begitulah sedikit gambaran tentang pemburu-pemburu PEMIMPIN. Pada keseluruhannya samada halal atau haram bukanlah perhitungan utama kerana kalau sudah terdesak yang harum pun boleh menjadi busuk...HAKIKATNYA perkataan pemimpin itu langsung tidak bermasalah atau bersalah tetapi para penganutnya lah yang mencemar dan menyebabkan perkataan pemimpin itu di cerca...




JANGAN TAKUT TEGUR PEMIMPIN TETAPI APA YANG PALING DITAKUTI PEMIMPIN TIDAK MAHU DITEGUR.....

0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP