Sabtu, 11 Julai 2009

LAGI...SEDIKIT CATATAN MENGENAI SAUDARA ROSLAN MANSHOR



Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan beliau di Pantai KG. Tamau ketika hendak membeli ikan. Saya sempat mengatakan kepada beliau bahawa beliau layak sebagai nelayan dan tak perlu lah kerja dengan kerajaan. Sambil tergelak beliau mengatakan bahawa pekerjaan sebagai nelayan ini dah sebati dengan diri beliau, bagi beliau menjadi nelayan adalah sesuatu perkara yang amat menyeronokkan. Malah beliau berkata kehidupan nelayan memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Berbeza denga politik, kadang-kadang ramai rakan yang menyokong dari belakang tetapi ibarat gunting dalam lipatan. Satu lagi yang ada pada orang politik adalah sikap memburuk-burukan orang lain, malahan tanpa kenal dan usaha mengenal seseorang pemimpin itu, kita terus di cap sebagai kaki ampu, kaki judi, kaki kaut harta rakyat, sombong, ego, haprak, dan sebagainya lagi. Mengikut beliau, situasi ini amat menyedihkan dan sungguh memilukan.


Apa yang saya nampak keikhlasan beliau terpancar diriak wajahnya, saya tahu beliau amat terkilan dengan situasi sekarang. Menyentuh keriar politik beliau, En. Roslan merupakan "Orang Lama" dalam perjuangan USNO dan sekarang UMNO di sabah. Pada saya, beliau bukanlah manusia sempurna seperti apa yang orang lain inginkan. Namun, saya akui tanpa sokongan daripada orang lain, beliau tidak akan kemana... Saya ingin tegaskan disini bahawa beliau bukan lah calon yang pertama pilihan masyarakat Kota Belud, tetapi pada hemat saya, beliau adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Tepuk dada tanya selera....



Menelusuri perbualan kami di Pantai Kg. Tamau, saya sempat mengajukan persoalan mengenai kelewatan pembinaan SK. Tamau kepada beliau yang sedang membetulkan pukatnya (rantau yan), beliau menyatakan bahawa beliau akan cuba bertemu denga Jurutera JKR Kota Belud, Guru Besar Sk. Tamau, Pengerusi PIBG Sk. Tamau dan PPD Kota Belud bagi mendapatkan ulasan mereka. Menyentuh Soal masalah air bersih di daerah Kota Belud pula, beliau tutut menyatakan akan cuba berbincang dengan Datuk Rahman dan Datuk Haji Musbah mengenai masalah ini. Apapun beliau turut menyatakan akan cuba menghubungi beberapa "pemimpin" yang lain untuk mendapatkan nasihat daripada mereka. Tambahnya, Tanpa kerjasama daripada semua pihak segala permasalahan pasti akan susah untuk diselesaikan. Beliau turut berharap agar para cendikiawan masyarakat Kota Belud tampil memberikan cadangan bukanya hanya tahu memberikan komen sahaja dan seterusnya memburuk-burukan kerajaan sahaja.



Oleh kerana cuaca pada pagi ini kurang baik, perbualan kami ini terpaksa berhenti di situ sahaja. Namun saya akan cuba bertemu dengan beliau lagi untuk mendapatkan ulasan mengenai isu semasa terutamanya di daerah Kota Belud. Tapi apa yang paling seronok apabila saya dapat membeli Ikan langging yang masih fresh lagi, mesti sedap dibakar, piaren atau goreng. Oh ya, Insyallah beliau turut mengatakan bahawa satu projek untuk masyarakat nelayan di KG. Tamau, Pintasan, Kota Bungan, Merabau dan penduduk sekitar pantai ini akan dilaksanakan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja lah...

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP