Jumaat, 3 Julai 2009

MANUSIA OH MANUSIA


Setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan, lantaran itu kita sebagai makhluk yang bergelar manusia haruslah bersyukur dan memperbaiki segala kelemahan masing-masing. Nabi pernah bersabda" Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik". (Imam Muslim). Namun pergaulan yang baik hanya wujud apabila manusia melihat dirinya dan manusia lain sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada penciptanya.

Setiap manusia dilihat sebagai makhluk yang mempunyai kelebihan tersendiri yang dianugerahkan Allah. Kelebihan-kelebihan ini menjadi lebih hebat apabila digabungkan dalam satu pakatan dan kerjasama. Justeru, Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud, "Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan". Jelas disini bahawa kita mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dalam sesuatu perkara terutama yang berkait dengan hubungan sesama manusia selagi ia tidak tersasar dari landasan Islam.

Manusia sebenarnya berpotensi. Apabila potensi ini tidak digilap, ia diselimuti depu dan akhirnya menjadi malap. Benar sabda nabi yang bermaksud, "Manusia (berpotensi) seperti lombong-lombong emas dan perak. Individu yang baik pada zaman jahiliahnya akan menjadi baik pada zaman Islamnya jika dia faham kebenaran". (Imam Muslim) . Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini menunjukkan minda penting bagi mencapai kejayaan. Apabila minda kita faham, seluruh jasad akan turut faham. Justeru untuk menilai seorang pemimpin dan kapasitasnya maka kita kena masukan kedalam minda informasi yang suci lagi murni agar penilaian kita adil dan saksama....

Bersama kita fikirkan...






Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP