Ahad, 24 Mei 2009

PPP ADA 2 PRESIDEN...?

Belum pun kita reda dengan tsunami poltitik perak yang melanda seluruh masyarakat malaysia amnya, sekali lagi kita turut disajikan dengan "Filem" terbaru yang semakin merunsing di kala ini iaitu Kemelut politik Parti Progresif Penduduk (PPP). Satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T. Murugiah sebagai presiden baru yang seterusnya "Memecat" Datuk Kayveas sebagai Presiden asal.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam juga dipersoalkan kesahihannya mengikut perlembagaan parti itu. Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah masalah ini akan berlarutan sehingga keperingkat mahkamah yang telus dan mulus. Adakah PM akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut "PERAK NO. 2" ini. Atau membiarkan sahaja kemelut ini diselesaikan sendiri oleh para "Pelakonnya" seperti tindakan yang diambil oleh Tuanku Sultan Perak. (Tuanku tidak akan campur tangan dalam politik berdasarkan pada kedudukan Tuanku). Tetapi secara peribadi dan mungkin juga semua setuju agar kemelut ini diselesaikan dengan cara terbaik iaitu melalui" ILMIAH".

Saya terpanggil untuk melontarkan pendapat disebabkan seakan-akan ada persamaan wujud di antara kemelut di perak dengan kemelut PPP ini( Mungkin tuan/puan boleh menilainya sendiri). Seperti biasa juga kita menjadi pemerhati kepada keadaan yang mesti diperhati kerana kita rakyat malaysia. ( Tak kan nak jadi katak dibawah tempurung kot). Apapun kita kena menilai dengan pemikiran yang waras.... Cuma pesan saya kepada kawan-kawan JANGLAH TAKUT PADA KEBENARAN TETAPI APA YANG PERLU DAN PALING KITA TAKUTI APABILA KITA BERHENTI BERJUANG DEMI KEBENARAN.......!


Read more...

MACAM NIE PUN ADA EK....

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

"JUST FOR RILEKS"

Read more...

KEWARASAN DALAM TINDAKAN...

Saya secara ikhlas agak terkejut dengan tindakan penyokong PKR perak apabila bertindak mengadakan mogok lapar selama tiga hari. Hal ini berikutan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen mogok lapar selama tiga hari, mulai Selasa ini, untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, berkata penyokong Pakatan Rakyat yang akan berpuasa dibenarkan meminum air setiap enam jam tetapi tidak boleh menikmati makanan pejal sehingga petang Khamis ini.

Namun, katanya, orang Islam yang hendak berpuasa sempena kempen itu boleh berpuasa mengikut hukum syarak, iaitu bersahur sebelum matahari terbit dan berbuka ketika matahari terbenam pada Selasa, Rabu dan Khamis.Tindakan ini pada hemah saya perlulah di fikirkan kembali, sebab kita berjuang banyak cara. Tidak semestinya dengan cara ini, saya secara peribadi khuatir akan kesihatan para penyokong PKR akan terjejas. Saya menyokong penuh tindakan DS Nizar yang menyatakan akan kesanggupan beliau untuk bertemu dengan PM demi menyelesaikan kemelut di perak.

Apa yang kita takuti apabila kita berada pada tahap yang kurang selesa ataupun "Lemah" di sebabkan tindakan ini, kewarasan pemikiran akan terjejas dan andai ada "Lawan" ambil kesempatan pasti kita akan tertewas. INGATLAH AKAN TITAH SULTAN PERAK "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980. (Sumber-http://www.marhaen.info/v2/)

Yakinlah bahawa kebenaran akan berpihak kepada yang sabar dan tawakkal kepada Allah...

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP