Ahad, 26 April 2009

MASALAH KRONIK .....

Nak kata geram pun ada lucu pun ada, macam iklan bola lah plak. Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang insan yang mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat Kota Belud. Timbul satu kesedihan apabila perbincangan yang cuba kami wujudkan dicemari dengan sikap menakut-nakutkan kami pula. Ingin kami tegaskan di sini, ingat pada ungkapan "berani kerana benar takut kerana salah". Bukan senang mahu senang tapikan susah mahu susah....Teringat lah pula lirik lagu seorang penyanyi terkenal masa dulu iaitu Salleh Yaakob yang cuba merungkai kehidupan masyarakat kita. Apa yang boleh saya perkatakan adalah pertemuan tadi langsung tidak mencapai kata putus yang sebenarnya. Pertemuam tadi melibatkan permasalahan dalaman organisasi tersebut yang mana kemungkinan wujud satu keraguan terhadap kami dan kawan-kawan yang lain seakan-akan ada "something wrong" dalam pemilihan terhadap tender yang dikeluarkan.


Pertemuan tadi juga boleh di ibaratkan seperti pertemuan antara pemimpin negara Malaysia dengan pemimpin negara Iran kerana "terpaksa" menggunakan "Jurubahasa" dan yang amat menghairankan apabila "Jurubahasa" tersebut seakan-akan "take over" jawataan pemimpinnya. Bila di persoalkan tentang tindakannya ini "Insan Istimewa" ini terus melenting dan mengugut untuk keluar dari bilik pemimpinnya. Apatahlagi kami pun terkejut gajah lah, apa taknya seorang yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat kami amnya boleh bertindak sedemikian rupa. Kalau kita soroti perjalanan hidupnya, Insan ini tidak sewajarnya bertindak sedemikian.


Kita semuanya punyai kelebihan masing-masing, kami tidak akan bertindak andai tidak bersedia bertempur. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, berfikir sebelum bertindak amat perlu dan jangan bertindak baru berfikir. INI MASALAH KRONIK YANG PERLU DI ATASI OLEH PEMIMPIN MASA KINI..... "SAYA PEMIMPIN MAKA SAYA LAH YANG BETUL." JANGAN SESEKALI KITA MELETAKKAN HUKUMAN PADA TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA, APAPUN BERTINDAK TELUS, JUJUR DAN IKHLAS LAH DALAM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. SEMOGA MENJADI IKHTIBAR UNTUK KITA SEMUA...

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP