Rabu, 9 Disember 2009

PERSEPSIKU: KENAPA WAKIL RAKYAT YANG BERSALAH....?

Wakil Rakyat bermaksud orang yang diberi kuasa oleh rakyat manakala dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, wakil rakyat bermaksud seseorang yang telah dipilih dalam pilihanraya untuk menjadi wakil penduduk dikawasan pilihanraya tersebut. Manakala Pemimpin pula bermaksud ketua yang telah dilantik untuk memandu orang lain, manakala dalam kamus dewan pula menyatakan bahawa Pemimpin adalah orang yang memimpin. Kepimpinan pula adalah merujuk kepada keupayaan memimpin. Lantaran itu Jelas lagi bersuluh siapa yang memilih dan mengangkat pemimpin dikalangan kita, Malahan segala tindak tanduk pemimpin pada hemat saya tidak salah diperbincang atau diperdebat oleh rakyatnya.


Kepimpinan kita di Daerah Kota Belud suatu yang perlu diperhalusi, bukan sahaja kita berhak memperkatakan segala kebaikkan mahupun pembangunan yang beliau berjaya laksanakan bahkan juga kita rakyat yang melantik mereka melalui pilihanraya berhak penuh menegur kesilapan mahupun kealpaan yang mereka lakukan. Cuma masyarakat kita dididik dengan budaya yang lebih harmoni, yakni menegur dan menyatakan kesilapan ataupun kesalahan orang lain berlandaskan budaya iaitu “berlapis atau bersantun”. Namun apa pula pilihan kita andai santunan yang kita anuti tidak diendahkan...? Fikirkan....


Dalam kes kudat By Pass, DSSK di persalahkan...Dalam Kes Jelapang Padi, DHMHJ di persalahkan, Ketiadaan Pelapis kepimpinan Masyarakat Iranun, TSP di persalahkan... Projek di beri kepada Kroni, di persalahkan DARD... Rakyat tidak di pedulikan, DJA di persalahkan... Kes Kemiskinan, DHTL di persalahkan...Persoalanya adalah “WHY” atau KENAPA?


Jawapannya : Kerana Mereka Pemimpin Yang di pilih Oleh Rakyat. Dalam erti kata yang lain, setiap tindak tanduk mereka sama ada baik atau buruk mereka pasti akan “Dibicarakan” dalam mahkamah rakyatnya. Lagipun setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan awal-awal lagi disytiharkan sebagai kejayaan mereka dalam menerapkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat kawasan mereka. Tapi yang amat menghairankan apabila timbul masalah, Pemimpin tidak pula harus di persalahkan......(Kata mereka lah). Walhal, sebagai wakil rakyat mereka berhak tahu proses perjalanan dan masalah yang wujud andai projek tersebut dilaksanakan. Benar....dan amat benar, Consultant telah dilantik untuk memantau ataupun menyelesaikan segala permasalahan yang akan, sedang atau telah berlaku. Namun hal ini bukannya tiket untuk para pemimpin melepaskan tugas mereka sebagai “WAKIL RAKYAT” Saudara Datu Pitung dalam komennya baru-baru ini menyatakan, dah nama pun wakil rakyat kena tahu lah perihal rakyat.


Jangan seperti kata pepatah ”Melepaskan batuk di Tangga”. Satu perkara lagi yang perlu kita akui bersama adalah manusia zaman sekarang tiada yang maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan atau kesilapan dan ini termasuklah DSSK, TSP, DHMHJ, DJA, DARD dan DHTL. Lantaran itu juga kita kena terima mereka seadanya, TETAPI andai kita sahaja yang memberi adalah tidak wajar juga..pendek kata kena ada imbalannya juga lah. Maknanya kita pun sepatutnya berhak mendapat apa yang sepatutnya kita dapat “Win Win Situation”. Maka itu pada saya, rakyat menegur pemimpin adalah satu hikmah, para pemimpin perlu mendengar suara rintihan rakyatnya. Janganlah ibarat “kacang lupakan kulit”. Fikirkan bersama.....Budak baru belajar, Harap ditegur di marah jangan.....

15 comments:

Unknown 10 Disember 2009 pada 1:11 PG  

sewajarnya wakil rakyat jgn disalahkan....mereka adalah sekumpulan manusia yg tidak sepatutnya disalahkan...itulah kekebalan mereka.

salam MO

paikankb 10 Disember 2009 pada 6:35 PG  

salam kekanda Musli,

Satu pendapat yang perlu diperhalusi. Namun kekebalan pada saya menjadi satu jurang untuk rakyat seperti kita mendapatkan hak yang sebenar. Justeru itu saya secara peribadi kurang bersetuju apabila mereka tidak boleh di lihat sebagai yang bersalah. Kita berpijak dibumi yang nyata salah tetap salah dan silap tetap silap. Salah memimpin maka rakyat yang pasti merasainya.

Kunjungan kekanda amat saya hargai, terima kasih.

Unknown 10 Disember 2009 pada 7:06 PTG  

Aku tidak setuju sama sekali dengan pendapat si musli. Kalau pemimpin tidak boleh dipersalahkan jadi rakyat lah yang salah. Mentang-mentang si musli mau bertanding mula lah dia jalankan jarumnya, nanti kalau dia pun terikut macam pemimpin sekarang maka dia pun tak boleh dipersalahkan. Lain kali saudara musli berfikir sebelum memberikan komen, mentang-mentang rtuan punya blog budak baru belajar tapi dia pun lepasa siswazah juga. Aku setuju dengan ulasan adik paikankb. Kalau adik paikankb kurang bersetuju aku pula kangsung tidak setuju dengan pendapat si musli ini. Sedangakan Anwar Ibrahim pun di dapati bersalah dalam kes peyalahgunaan kuasa, ala ramai lagi yang buat hal dan didapati bersalah.

Datu pitung 11 Disember 2009 pada 5:04 PG  

salam paikankb

saya secara peribadi pn x setuju dgn apa yg sdr MO katakan, pada saya kekebalan seperti sdr MO katakan adalah kerana mereka ada pengaruh dan kuasa terhadap rakyat, wakil rakyat adalah saluran atau channel kerajaan utk mendengar rintetan dan permasalahan rakyat.

rakyat tdk tahu menahu wujud nya satu projek atau pn ssuatu rancangan kerajaan, semua di dahului oleh wakil rakyat,bla diberitahu rakyat hanya mampu melihat. segala salah dan silap rakyat lah yg mghakimi bkn wakil rakyat kerana wakil rakyat adalah utk rakyat bkn nya utk anak dan isteri.

wakil harus btangungjawab atas kesalahan, kecacatan dan kepimpinan bkn nya rakyat. wakil rakyat yg mempimpin rakyat bkn nya rakyat yg memimpin wakil rakyat. fikir kn..

thanks..

watasikadi 12 Disember 2009 pada 1:59 PG  

salam adindaku paikan KB,
secara peribadi setiap isu itu harus diperhalusi dan barulah dapat diketahui siap salah dan benar. namun kadangkala walaupun dimata rakyat YB bersalah namun bile tiba dipengadilan bukan YB yang bersalah sebaliknya pentadbiran kerajaan.contohnya isu titian jasa enterprise, ramai menyalahkan YB namun mengikut prosedur bukan beliau meluluskan projek, namun kita semua tahu beliau yang mengarahkan perkara tersebut walaupun kalau ditanya dia pasti tidak mengaku namun rakyat bukan bodoh..DO pasti tidak dapat ingkar kerana takut juga kena transfer pegi mana-man yang jauh.terpaksa ikut.tapi kalau YB tidak arah projek diluluskan kepada sesiapa pasti perjalanan prosedur lebih telus..sedangkan puan latifah pun kena pinda jadi pengarah SPRM di pulau pinang lepas diketahui beliau hampir mengantoikan DMA disabah.sikit jak lagi mau kena tangkap sudah, pastu dia suggest sama PM tukar pengarah SPRM sabah..hehhe..

Katakamu 12 Disember 2009 pada 5:46 PTG  

wahai anak muda KB Paikankb..

Apa bicaramu menyalahkan wakil rakyat kerana mereka jua manusia..dan rakyat juga manusia biasa..ada kesalahan dan kesilapan..

jangan diperpanjangkan lagi..bertekadlah untuk membantu membangunkan masyarakat dan daerah kamu..

perjuangkan peningkatan taraf hidup dan ekonomi rakyat dan masyarakat kamu..

biarpun YB dikritik namum mereka terus tidak akan mempedulikannya kerana mereka tahu..mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari salah dan silap..

Salam..
PT

Unknown 13 Disember 2009 pada 3:56 PG  

sebenarnya ramai tidak faham ayat tersirat bila saya kata "kekebalan"..terus saja memandang serong pandangan dan komen saya.

salam MO

Unknown 13 Disember 2009 pada 4:22 PG  

POLITIK adalah pendapat umum, jika rata-rata umum setuju YB boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan maka kita bersetujulah dengan pendapat umum..sdra2 semua patut baca betul-betul makna tersirat bila saya kata "kekebalan"...jangan terus membuat komen negatif terhadap pandangan orang lain.

salam MO

paikankb 13 Disember 2009 pada 7:42 PTG  

salam

Saudara sibadang,

Nampaknya kita kena belajar lebih banyak ilmu mantik....Apapun terima kasih atas kujungan dan pendapat saudara.

paikankb 13 Disember 2009 pada 7:44 PTG  

salam datu pitung,

Kita pun kena belajar juga ilmu mantik ok...pendapat dan pandangan saudara amat saya hargai. terima kasih

paikankb 13 Disember 2009 pada 7:53 PTG  

salam kekanda watasikadi,

terima kasih atas kujungan dan pendapat kekanda. Cuma saya pun kena belajar banyak benda lagi terutamanya dalam mentelaah setiap perkataan kekanda. macam kekanda solymone kata banyak perlambangan. Budak baru belajar nak buat macamana, kena perah otak lah...huhu

paikankb 13 Disember 2009 pada 7:56 PTG  

salam saudara katakmu,

terima kasih atas peringatan saudara, semoga kehadiran saya dalam dunia ini dapat memberikan sumbangan yang amat berguna kepada agama dan anak bangsa kita. Cuma ingin saya tegaskan disini bahawa, pemimpin yang sejati adalah pemimpin yang berani mengaku akan kesilapan dan kesalahannya. terima kasih

paikankb 13 Disember 2009 pada 7:59 PTG  

salam kekanda MO,

terima kasih atas kenyataan kekanda. Apapun sebenar yang kekanda maksudkan, hakikatnya pada saya yang budak baru belajar adalah pejuang dan pemimpin yang sejati adalah mereka yang berani mengaku kesalahan dan kesilapan mereka lantas berani berubah dan memperbaikinya.

Pak Cik Amin 17 Disember 2009 pada 6:24 PTG  

sdr paikankb..

kalau asyik menyalahkan pemimpin, kita tidak akan nampak kesalahan diri sendiri..so..What?

paikankb 18 Disember 2009 pada 6:41 PG  

Salam Pak Cik Amin,

Terima kasih atas kunjungan saudara. Mohon di baca kembali posting saya...Thanks..


So..What.....?



p/s: Bukan asyik nak salahkan pemimpin tetapi pemimpin kena berani mengakui kesilapan dan kesalahan. Bukan asyik meletakkan kesalahan kepada rakyat...Berani kerana benar takut kerana salah.Sayugianya, semua kena berani sama ada yang menegur dan ditegur( Terima dan fikir)

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP