Rabu, 5 Ogos 2009

DELIMA ATAU ANGIN BARAT....


Sejak akhir-akhir ini angin bertiup kencang di daerah Kota Belud..Hendak duduk di kedai kopi atau Restoran pun agak susah, Sang pasir berterbangan di sana sini..semua kawasan hampir berhabuk...Malahan apa yang saya perhatikan keadaan ini mungkin akan berterusan beberapa minggu lagi. Bukan sahaja pendapatan para peniaga yang agak terjejas malahan juga nelayan dan petani turut mengalami nasib yang sama. Keadaan cuaca yang semakin terik dan kepanasan yang luar biasa menjadi pemangkin kepada serangan penyakit masyarakat di sini.

Seterik dan sepanas cuaca di Kota Belud lagi panas isu para Bloger kita. Semakin hari semakin banyak isu yang kita "Nikmati". Satu ketika isu Pemimpin, SK. Tamau, PISBA, PAGISA, Wakil 2, G7 dan sekarang Senario Kepolitikkan di Kota Belud mendapat tempat. Saya amat tertarik dengan ulasan rakan bloger kita mengenai satu isu yang banyak menyebut atau menyenaraikan Beberapa nama tokoh di kota Belud tidak kira apa anutanya, menurut beliau ada tersiratnya...Saya turut berpendapat dengan rakan bloger kita ini malahan bagi saya isu yang cuba dibangkitkan tetap merujuk kepada bagaimana kita boleh menyatukan masyarakat kita agar mempunyai matlamat yang sama iaitu berdiri demi kerana bangsa, agama dan negara. Apa yang ingin saya kongsikan adalah sedikit pendapat ataupun mungkin juga persoalan mengenai...Betulkah Iranun Dalam Dilema..????


Andai Masyarakat Iranun suka memakan buah Delima, kita tidak hairan tetapi apa yang menjadi kehairanan kepada kita Betulkah kita semua berada dalam delima...??? Mungkin Delima kepimpinan...Delima Keruntuhan akhlak...Delima Ekonomi...Delima Projek....Delima Pangkat....Mungkin Juga banyak lagi Delimanya....!!! Pada pandangan saya Delima "Harta Intelek" menjadi punca rakan kita ini membuat posting Delima Iranun Baru...Kita Hanya mampu menilai dari luaran sahaja..hakikatnya hanya Tuhan yang tahu....

Penulisan dan ulasan rakan kita ini pada saya satu pendedahan yang berani, telus dan mulus. Saya amat bersyukur kerana masih ada dikalangan kita prihatin mengenai senario masyarakat Iranun... Bagi saya sesuatu yang perlu kita fikirkan......Seperti rakan kita nyatakan...Delima Iranun Baru...Apa yang saya harapkan semoga Angin Barat yang bertiup tidak merosakkan atau menyebabkan kemalangan jiwa dan harta benda masyarakat Kota Belud...

10 comments:

DEPU-DEPU 5 Ogos 2009 pada 5:08 PTG  

Salam sdr..

Buah delima sedap..tapi kalau angin barat tu bahaya...

SI RENGIT 5 Ogos 2009 pada 6:20 PTG  

salam...

Delimanya kat "Harta Intelek"....Semua nak pacu kudanya....????

Apa hal adik kita nie buat posting buah-buahan lah plak...

Unknown 5 Ogos 2009 pada 9:19 PTG  

Salam Saudara PaikanKb

Musim utara dulu, dianggap oleh masy Iranun sebagai pesta, ianya berlaku dipenghujung tahun, tempat orang-orang muda dan tua mengadu nasib, kalau-kalau jumpa penyu bertelur. sekurang-kurangnya dapat wang sedikit hasil jualan telur penyu. Namun pesta itu berlalu begitu saja kerana kerakusan kapal-kapal kecil memusnahkan penyu-penyu. Akhirnya masy Iranun kehilangan lagi punca ekonomi.

Jangan Marah PaikanKB ah. OK.

paikankb 6 Ogos 2009 pada 11:01 PTG  

salam..

Saudara depu-depu...angin barat ini kalau tak jaga boleh tumbang unta-unta kita...Nasib baik ada lagi pendekar mata satu kalau tiada matai kita....tq

paikankb 6 Ogos 2009 pada 11:02 PTG  

salam..

Saudara si rengit.... ganti dengan unta bah baru laju...tq

paikankb 6 Ogos 2009 pada 11:05 PTG  

salam...

Ma kasih Abu Lola...heheh macam cerita P.Ramlee lah pula....

Aya kita ceta angin barat bah....pegi utara pula dia...apaun tingkayu atas kunjungan saudara......sekarang paikan susah sudah kita nampak di pantai kita kan.....kasian tau...

Unknown 7 Ogos 2009 pada 4:33 PG  

Salam Paikankb,

Angin barat paling ditakuti oleh penduduk kampung yang terletak dipesisir barat. Angin Utara apa kurangnya.Asalkan angin semua sangat merbahaya. Kedua-dua angin ini kandang-kandang paikan naik ke darat untuk bertelur, telur paikan pula sedap dimakan.heeeeeeee.......!

SI RENGIT 7 Ogos 2009 pada 6:04 PTG  

salam...

Aya Abu lola...itu masam kah...ayo..yo...yo abu lola ini makan itu telur penyu kah...mau repot ini pada jabatan...haiwan pupus bah ini....

patutlah paikan tidak naik di pantai kita...rupanya saudara abu lola makan itu talor lah....

Angin dari belakangpun dahsyat juga tau....tq

paikankb 7 Ogos 2009 pada 6:07 PTG  

salam..

Aik si rengit pun panggil abu lola kah...no komen k...

Paikan dah nak pupus sama-sama lah kita menjaganya....tq atas ulasan saudara..

Unknown 10 Ogos 2009 pada 1:50 PG  

Salam,

Sdra Abu...yang ni paikan jantan tak boleh bertelur...

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP