Jumaat, 28 Ogos 2009

POCO-POCO YANG TERSIRAT....?

Oleh : Adeq Best

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN, secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis, membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini:

Assalammualaikum.
..

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. Cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.


WALLAHUALAM. ...




SUMBER: idhamlim.blogspot.com

Read more...

Selasa, 11 Ogos 2009

APAKAH ITU H1N1


H1N1- Mai kita pakat kenai apa itu H1N1

Oleh : Amin Fadzlan


Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.


Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.


Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas*


Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma


Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.


11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.


12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.


Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

(Sumber: http://idhamlim.blogspot.com)

Read more...

Rabu, 5 Ogos 2009

DELIMA ATAU ANGIN BARAT....


Sejak akhir-akhir ini angin bertiup kencang di daerah Kota Belud..Hendak duduk di kedai kopi atau Restoran pun agak susah, Sang pasir berterbangan di sana sini..semua kawasan hampir berhabuk...Malahan apa yang saya perhatikan keadaan ini mungkin akan berterusan beberapa minggu lagi. Bukan sahaja pendapatan para peniaga yang agak terjejas malahan juga nelayan dan petani turut mengalami nasib yang sama. Keadaan cuaca yang semakin terik dan kepanasan yang luar biasa menjadi pemangkin kepada serangan penyakit masyarakat di sini.

Seterik dan sepanas cuaca di Kota Belud lagi panas isu para Bloger kita. Semakin hari semakin banyak isu yang kita "Nikmati". Satu ketika isu Pemimpin, SK. Tamau, PISBA, PAGISA, Wakil 2, G7 dan sekarang Senario Kepolitikkan di Kota Belud mendapat tempat. Saya amat tertarik dengan ulasan rakan bloger kita mengenai satu isu yang banyak menyebut atau menyenaraikan Beberapa nama tokoh di kota Belud tidak kira apa anutanya, menurut beliau ada tersiratnya...Saya turut berpendapat dengan rakan bloger kita ini malahan bagi saya isu yang cuba dibangkitkan tetap merujuk kepada bagaimana kita boleh menyatukan masyarakat kita agar mempunyai matlamat yang sama iaitu berdiri demi kerana bangsa, agama dan negara. Apa yang ingin saya kongsikan adalah sedikit pendapat ataupun mungkin juga persoalan mengenai...Betulkah Iranun Dalam Dilema..????


Andai Masyarakat Iranun suka memakan buah Delima, kita tidak hairan tetapi apa yang menjadi kehairanan kepada kita Betulkah kita semua berada dalam delima...??? Mungkin Delima kepimpinan...Delima Keruntuhan akhlak...Delima Ekonomi...Delima Projek....Delima Pangkat....Mungkin Juga banyak lagi Delimanya....!!! Pada pandangan saya Delima "Harta Intelek" menjadi punca rakan kita ini membuat posting Delima Iranun Baru...Kita Hanya mampu menilai dari luaran sahaja..hakikatnya hanya Tuhan yang tahu....

Penulisan dan ulasan rakan kita ini pada saya satu pendedahan yang berani, telus dan mulus. Saya amat bersyukur kerana masih ada dikalangan kita prihatin mengenai senario masyarakat Iranun... Bagi saya sesuatu yang perlu kita fikirkan......Seperti rakan kita nyatakan...Delima Iranun Baru...Apa yang saya harapkan semoga Angin Barat yang bertiup tidak merosakkan atau menyebabkan kemalangan jiwa dan harta benda masyarakat Kota Belud...

Read more...

Sabtu, 1 Ogos 2009

BLOGER KB LESU....


BLOGER KB sekarang semuanya keletihan. Ntah letih dengan keadaan cuaca sekarang atau tidak tidur semalaman. Membahaskan isu kekalahan dan mungkin juga kejayaan yang tidak berjaya....

Sekarang kemenangan berpihak kepada "artis-artis" kita yang telah pun dicanangkan sebagai juara-juara untuk G7 sebelum ini. Tidak satu pun yang meleset tekaan kita. Sampul surat yang pelbagai warna yang bertindak sebagai nakhoda kapal politik KB terus memacu keadaan.

Nama-nama seperti serin, idris, kim fah, saida, Roslan dan beberapa orang lagi terus meniti dibibir para perwakilan.. Kota Belud sekarang lengang.....lesu selesu rakan bloger KB kita....

Biarkanlh mereka terjun dengan labu-labunya.....semoga penganut wakil g7 boleh mengeluarkan suara sekalipun dah serak...Di mana rakan dan taulan ku....

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP