Sabtu, 11 Julai 2009

LAGI...SEDIKIT CATATAN MENGENAI SAUDARA ROSLAN MANSHOR



Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan beliau di Pantai KG. Tamau ketika hendak membeli ikan. Saya sempat mengatakan kepada beliau bahawa beliau layak sebagai nelayan dan tak perlu lah kerja dengan kerajaan. Sambil tergelak beliau mengatakan bahawa pekerjaan sebagai nelayan ini dah sebati dengan diri beliau, bagi beliau menjadi nelayan adalah sesuatu perkara yang amat menyeronokkan. Malah beliau berkata kehidupan nelayan memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Berbeza denga politik, kadang-kadang ramai rakan yang menyokong dari belakang tetapi ibarat gunting dalam lipatan. Satu lagi yang ada pada orang politik adalah sikap memburuk-burukan orang lain, malahan tanpa kenal dan usaha mengenal seseorang pemimpin itu, kita terus di cap sebagai kaki ampu, kaki judi, kaki kaut harta rakyat, sombong, ego, haprak, dan sebagainya lagi. Mengikut beliau, situasi ini amat menyedihkan dan sungguh memilukan.


Apa yang saya nampak keikhlasan beliau terpancar diriak wajahnya, saya tahu beliau amat terkilan dengan situasi sekarang. Menyentuh keriar politik beliau, En. Roslan merupakan "Orang Lama" dalam perjuangan USNO dan sekarang UMNO di sabah. Pada saya, beliau bukanlah manusia sempurna seperti apa yang orang lain inginkan. Namun, saya akui tanpa sokongan daripada orang lain, beliau tidak akan kemana... Saya ingin tegaskan disini bahawa beliau bukan lah calon yang pertama pilihan masyarakat Kota Belud, tetapi pada hemat saya, beliau adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Tepuk dada tanya selera....



Menelusuri perbualan kami di Pantai Kg. Tamau, saya sempat mengajukan persoalan mengenai kelewatan pembinaan SK. Tamau kepada beliau yang sedang membetulkan pukatnya (rantau yan), beliau menyatakan bahawa beliau akan cuba bertemu denga Jurutera JKR Kota Belud, Guru Besar Sk. Tamau, Pengerusi PIBG Sk. Tamau dan PPD Kota Belud bagi mendapatkan ulasan mereka. Menyentuh Soal masalah air bersih di daerah Kota Belud pula, beliau tutut menyatakan akan cuba berbincang dengan Datuk Rahman dan Datuk Haji Musbah mengenai masalah ini. Apapun beliau turut menyatakan akan cuba menghubungi beberapa "pemimpin" yang lain untuk mendapatkan nasihat daripada mereka. Tambahnya, Tanpa kerjasama daripada semua pihak segala permasalahan pasti akan susah untuk diselesaikan. Beliau turut berharap agar para cendikiawan masyarakat Kota Belud tampil memberikan cadangan bukanya hanya tahu memberikan komen sahaja dan seterusnya memburuk-burukan kerajaan sahaja.



Oleh kerana cuaca pada pagi ini kurang baik, perbualan kami ini terpaksa berhenti di situ sahaja. Namun saya akan cuba bertemu dengan beliau lagi untuk mendapatkan ulasan mengenai isu semasa terutamanya di daerah Kota Belud. Tapi apa yang paling seronok apabila saya dapat membeli Ikan langging yang masih fresh lagi, mesti sedap dibakar, piaren atau goreng. Oh ya, Insyallah beliau turut mengatakan bahawa satu projek untuk masyarakat nelayan di KG. Tamau, Pintasan, Kota Bungan, Merabau dan penduduk sekitar pantai ini akan dilaksanakan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja lah...

5 comments:

SI RENGIT 12 Julai 2009 pada 8:48 PTG  

salam ziarah,

saya harap apa yang kita katakan di kotakan, teruskan susulan ini saudara... paparkan lagi catatan mengenai saudara kita ini..masyarakat kita yang lain sila buka minda, mata dan hati untuk teruskan penilaian... terima kasih...

SAMBAL BELACAN 12 Julai 2009 pada 11:53 PTG  

Salam,
Adikku Paikankb, Roslan ini saya kenal betul siapa dia sebenarnya....

Tak payah cerita banyak2 latarbelakangnya...yang kita mesti ceritakan masa hadapan jikalau dia jadi pemimpin... bolehkah dia buat sumbangan macam Pandikar???

Kadtaroh ah mangalokos pun den pedpotong sabangkala ukur anyu saginawa yuu.. kena motuu okui boluwan ku...

paikankb 13 Julai 2009 pada 6:28 PTG  

salam abang sambal belacan,

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana saudara masih mengenali Saudara kita Roslan Hj Manshor ini. Saya amat bersetuju tentang pendapat saudara agar kita sentiasa memandang kehadapan sahaja...

Soal memberikan sumbangn seperti Tsri Pandikar, pada hemat saya saudara tidak perlu bertanyakan soalan seperti itu, kerana terus terang saya katakan Tsri pandikar merupakan pelopor pada kepimpinan masyarakat kita. Cabaran dan dugaan yang beliau harungi cukup pahit dan perit. Untuk makluman saudara juga, Tsri Pandikar berjuang untuk "Kemerdekaan" masyarakat kita, tetapi zaman sekarang saudara Roslan atau pemimpin lain mereka ini bukan lagi berjuang demi kemerdekaan itu tetapi mereka2 ini berjuang untuk mengisi kemerdekaan yang telah kita kecapi hasil daripada keringat Tsri Pandikar dan rakan2 seperjuanganya.

Apa yang paling penting, minda kita harus di cuci dan perlu di transformasi agar kita sentiasa membuka minda bukanya membandingkan sumbangan orang lain..Tanya pada diri kita apa sumbangan yang telah kita berikan kepada bangsa kita...?

Berilah ruang pada masyarakat kita didalam menyumbang kepada bangsa kita. Setiap orang lain sumbanganya...Pada saya kalau kita hendak lihat kemampuan sesseorang itu kita kena berikan dia peluang dan masa untuk membuktikanya..barulah adil...beri peluang saudara pasti akan nampak hasilnya....

apaun thnks for u comment...

kelapa mawar 13 Julai 2009 pada 11:55 PTG  

Salam sdr paikankb..

kenapa asyik lelaki itu saja yg sdr cadangkan...kenapa tiadakah pemimpin wanita..jadi kami-kami ni..tiadakah yang berbakat..paikan pun ada betina bah..bukan jantan saja..

paikankb 14 Julai 2009 pada 2:43 PG  

salam,

Saudari kelapa mawar jangan risau..saudari dayangwulan kan ada....

Setiap ketua mesti ada ketuie nya..kelapa mawar pun ada pasanganya, kelapa pandan harum dan manis lagi gitu.....

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP