Sabtu, 9 Mei 2009

IRANUN: POLITIKUS ATAU TETIKUS......

Begitulah gambaran yang boleh saya berikan dalam kancah politik masakini dari sudut pandangan suku kaum Iranun. Saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat atau pandangan mengenai cara atau kaedah masyarakat Iranun berpolitik. Kebetulan saya pernah terbaca satu tulisan blog yang bertajuk " kemanakah arah tuju politik Iranun"(www.batugadung.blogspot.com), dan saya amat tertarik untuk bertukar-tukar pendapat dengan sesiapa sahaja dan kalau boleh insan yang telah bergiat lama dalam dunia politik.

"Kita tidak bangga ke dengan kehebatan anak Iranun menduduki tempat mulia di dalam negara Malaysia, nak dicantikan ayat didalam dewan dialah yang berkuasa". Itulah ayat yang sering terpancul dalam mulut masyarakat kita amnya. Kami golongan belia ini seakan-akan tidak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan kehadiran insan istimewa ini. Untuk pengetahuan golongan "retua" politik, jiwa kami amat dambahkan seorang pejuang yang benar-benar boleh membawa perubahan terutama dalam masyarakat kita. Nah, disini bukan saya katakan bahawa "insan Istimewa" ini tidak memberikan apa-apa sumbangan pada masyarakat kita. tetapi tidak kah kita terfikir selepas beliau siapakah yang layak menduduki "kerusi empuk" beliau.

Apakah kerana kealpan dan sanjugan akhirnya kita lalai mengetengahkan "pelapis" pemimpin masyarakat kita. Adakah kerana dibuai jawatan dan pangkat maka kita biarkan hak kita dibumi bertuah ini di dirampas dengan rakus...! Apakah insan istimewa ini akan hidup beribu tahun lagi??? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakkan pemimpin kita sekarang sebenarnya seorang "pengecut" yang amat takut pada bayang-bayang sendiri. mungkin ini terlalu keras bagi kawan-kawan diluar sana, tetapi inilah hakikat sebenar sikap para pemimpin (kononya) masyarakat kita. Suatu ketika saya pernah bertanya kepada seorang kawan, Apakah pendapat beliau tentang poltitk masyarakat kita kini. " tak tahulah tapi bagi saya lah susah untuk kita mencari bakal pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan bukan untuk periuk nasinya sendiri. Lagipun masyarkat kita tidak pernah memberikan sokongan atau bantuan kepada sesiapa yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, satu yang perlu kita ingat bahawa bakat kepimpinan itu bukannya boleh diwarisi kepada kaum keluarga dengan senang". Apabila saya merenung seketika apa yang beliau katakan teramatlah benar akan kata-katanya.

Inilah hakikat sebenar yang perlu kita akui, kadang-kadang kita melihat bakat kepimpinan seseorang itu melalui bakat kepimpinan ayah atau kaum kerabatnya. Bila hebat maka anak-anaknya atau keturunanya mesti hebat-hebat belaka. Jadi tidak ada masalah apabila anak atau keturunanya diangkat sebagai pemimpin kelak. Hakikat ini adalah sessuatu yang teramat salah. Tanggapan ini lah yang perlu kita berganding bahu memperbaikinya. Saya ingin sekali menyatakan bahawa tanggungjawab seorang pemimpin amat berat, jangan kerana mengejar pangkat dan harta sehingga kita lalai bahawa di pundak kita terletak satu beban yang amat dahsyat, didunia ia akan dihitung dan di akhirat pun akan dihitung. ( Nak lari lagu mana?orang utara kata).

Apa yang saya perhatikan pada masyarakat kita adalah, sikap ingin jadi pemimpin. daripada yang tak tahu membaca sehingga yang keperingkat PHD bercakap soal politik. Masing-masing dengan pandanganya, bila golongan retua politik ini diberi pandangan maka akan terkeluarlah pelabagai ayat, kononya golongan belia ini tidak tahu erti sebenar perjuangan, bukan hidup zaman jepun dan macam-macam lagi lah. Benar golongan kami cetek ilmu politik tetapi rujukan dan "Filem" yang sering disajikan kepada kami telah menjadi iguan yang cukup ngeri dan hebat untuk kami renungkan. Adalah terlalu dungu saya katakan andai kami tidak mengambil iktibar kepada semua apa yang berlaku. Pemimpin kita sekarang lebih menjurus kepada duniawi sahaja. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri siapakah insan yang layak mengemudi kapal kita dilautan nanti. Insan yang ingin bergelumang dengan dunia politik seakan-akan lupa dengan tanggungjawab mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang "pejuang" masyarakat kita, andai politik ini memerlukan saya terjun kedalam lumpur yang kotor sekalipun maka saya akan terjun demi membela masyarkat tercinta kita. Namun apa yang saya nampak sekarang ibarat "cakap tak serupa bikin". Pejuang kita sekarang banyak pada "TAMBIRANG BAN MADAKEL TAPI DA AH TAGUH YAN". (Insyallah lain kali episod ini akan saya sambung.......)


1 comments:

SABAHKITA 23 Mei 2009 pada 8:24 PTG  

Assalamualikum. Nyabatiku den aya agu su tulisan sa blog a Batu Gadung. Mapia langun ka aden a kesedaran tanu. Syukur Alhamdulillah.

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP