Ahad, 24 Mei 2009

KEWARASAN DALAM TINDAKAN...

Saya secara ikhlas agak terkejut dengan tindakan penyokong PKR perak apabila bertindak mengadakan mogok lapar selama tiga hari. Hal ini berikutan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen mogok lapar selama tiga hari, mulai Selasa ini, untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, berkata penyokong Pakatan Rakyat yang akan berpuasa dibenarkan meminum air setiap enam jam tetapi tidak boleh menikmati makanan pejal sehingga petang Khamis ini.

Namun, katanya, orang Islam yang hendak berpuasa sempena kempen itu boleh berpuasa mengikut hukum syarak, iaitu bersahur sebelum matahari terbit dan berbuka ketika matahari terbenam pada Selasa, Rabu dan Khamis.Tindakan ini pada hemah saya perlulah di fikirkan kembali, sebab kita berjuang banyak cara. Tidak semestinya dengan cara ini, saya secara peribadi khuatir akan kesihatan para penyokong PKR akan terjejas. Saya menyokong penuh tindakan DS Nizar yang menyatakan akan kesanggupan beliau untuk bertemu dengan PM demi menyelesaikan kemelut di perak.

Apa yang kita takuti apabila kita berada pada tahap yang kurang selesa ataupun "Lemah" di sebabkan tindakan ini, kewarasan pemikiran akan terjejas dan andai ada "Lawan" ambil kesempatan pasti kita akan tertewas. INGATLAH AKAN TITAH SULTAN PERAK "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980. (Sumber-http://www.marhaen.info/v2/)

Yakinlah bahawa kebenaran akan berpihak kepada yang sabar dan tawakkal kepada Allah...

0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP