Ahad, 24 Mei 2009

PPP ADA 2 PRESIDEN...?

Belum pun kita reda dengan tsunami poltitik perak yang melanda seluruh masyarakat malaysia amnya, sekali lagi kita turut disajikan dengan "Filem" terbaru yang semakin merunsing di kala ini iaitu Kemelut politik Parti Progresif Penduduk (PPP). Satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T. Murugiah sebagai presiden baru yang seterusnya "Memecat" Datuk Kayveas sebagai Presiden asal.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam juga dipersoalkan kesahihannya mengikut perlembagaan parti itu. Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah masalah ini akan berlarutan sehingga keperingkat mahkamah yang telus dan mulus. Adakah PM akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut "PERAK NO. 2" ini. Atau membiarkan sahaja kemelut ini diselesaikan sendiri oleh para "Pelakonnya" seperti tindakan yang diambil oleh Tuanku Sultan Perak. (Tuanku tidak akan campur tangan dalam politik berdasarkan pada kedudukan Tuanku). Tetapi secara peribadi dan mungkin juga semua setuju agar kemelut ini diselesaikan dengan cara terbaik iaitu melalui" ILMIAH".

Saya terpanggil untuk melontarkan pendapat disebabkan seakan-akan ada persamaan wujud di antara kemelut di perak dengan kemelut PPP ini( Mungkin tuan/puan boleh menilainya sendiri). Seperti biasa juga kita menjadi pemerhati kepada keadaan yang mesti diperhati kerana kita rakyat malaysia. ( Tak kan nak jadi katak dibawah tempurung kot). Apapun kita kena menilai dengan pemikiran yang waras.... Cuma pesan saya kepada kawan-kawan JANGLAH TAKUT PADA KEBENARAN TETAPI APA YANG PERLU DAN PALING KITA TAKUTI APABILA KITA BERHENTI BERJUANG DEMI KEBENARAN.......!


Read more...

MACAM NIE PUN ADA EK....

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

"JUST FOR RILEKS"

Read more...

KEWARASAN DALAM TINDAKAN...

Saya secara ikhlas agak terkejut dengan tindakan penyokong PKR perak apabila bertindak mengadakan mogok lapar selama tiga hari. Hal ini berikutan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen mogok lapar selama tiga hari, mulai Selasa ini, untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, berkata penyokong Pakatan Rakyat yang akan berpuasa dibenarkan meminum air setiap enam jam tetapi tidak boleh menikmati makanan pejal sehingga petang Khamis ini.

Namun, katanya, orang Islam yang hendak berpuasa sempena kempen itu boleh berpuasa mengikut hukum syarak, iaitu bersahur sebelum matahari terbit dan berbuka ketika matahari terbenam pada Selasa, Rabu dan Khamis.Tindakan ini pada hemah saya perlulah di fikirkan kembali, sebab kita berjuang banyak cara. Tidak semestinya dengan cara ini, saya secara peribadi khuatir akan kesihatan para penyokong PKR akan terjejas. Saya menyokong penuh tindakan DS Nizar yang menyatakan akan kesanggupan beliau untuk bertemu dengan PM demi menyelesaikan kemelut di perak.

Apa yang kita takuti apabila kita berada pada tahap yang kurang selesa ataupun "Lemah" di sebabkan tindakan ini, kewarasan pemikiran akan terjejas dan andai ada "Lawan" ambil kesempatan pasti kita akan tertewas. INGATLAH AKAN TITAH SULTAN PERAK "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980. (Sumber-http://www.marhaen.info/v2/)

Yakinlah bahawa kebenaran akan berpihak kepada yang sabar dan tawakkal kepada Allah...

Read more...

Sabtu, 23 Mei 2009

KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.


Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka.


Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau “effective parenting”. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara.


Kajian oleh Rutter et al. (1970) melihat peningkatan hubungan di antara faktor-faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan pencapaian kanak-kanak di sekolah.

Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif.

Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang dicita-citakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosio-ekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.

Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.

Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurang-kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya.

Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya. Keupayaan intelek (intellectual capacity) seseorang itu adalah kurniaan Tuhan yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya, kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja.

Read more...

ITULAH HAKIKATNYA...

Merujuk kepada keputusan mahkamah rayuan semalam dengan mengembalikan "kerusi empuk" perak kepada Umno/Bn merupakan satu tamparan hebat kepada PR dan penyokongnya. Namun sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan dan mungkin ada yang mengatakan juga sebagai "demokrasi terpimpin" telah membuktikan bahawa "keadilan" tetap akan datang bergolek yang penting rajin dan tekun.


Sebagai pemerhati kepada keadaan yang mesti diperhati, saya berpendapat dan juga mungkin sependapat dengan mereka-mereka yang mempunyai dan boleh memberi pendapat"Pembubaran DUN perak adalah langkah yang terbaik dan adil". Apapun bergantung kepada "Pelakon-pelakon yang terlibat"..... Cuma apa yang perlu ditakuti apabila para penonton sudah bosan dan muak dengan "skrip" dan "lakonan" yang sama setiap hari.... Sediakan duit sebelum membeli payung....!

Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan berjuang demi keadilan.

Read more...

Khamis, 21 Mei 2009

ADAKAH MENTARI AKAN MUNCUL.....

Tinggal beberapa jam lagi kita rakyat malaysia sekali lagi akan disajikan dengan berita momokan perkembangan politik di perak. Hanya ada dua kemungkinan yang pasti akan berlaku..pertama PKR memerintah perak ataupun Umno/BN memerintah kerajaan perak.

Kita rakyat negeri lain tetapi pohon yang sama yakni malaysia hanya sekadar menjadi pemerhati sejati yang penuh keprihatinan mengikuti perkembangan terkini masalah saudara-saudara kita di perak. Apapun sebagai masyarakat malaysia, saya sentiasa mendoakan agar segala kemelut di perak dapat diselesaikan secepat mungkin dengan penuh keadilan dan ketelusan. Jangan sampai masyarakat kita hilang pertimbangan sehingga mereka sanggup menunjukkan "kekuatan" mereka melalui saluran yang salah dan mungkin juga tidak beretika. Menyebut soal etika ini, seorang kawan ada bertanya adakah para pemimpin kita sekarang ini semuanya beretika atau sebaliknya. Saya menjawab dengan jujurlah disini, bukan semua para pemimpin kita tidak mempunyai etika tetapi hanya segilintir sahaja itupun para pemimpin yang hanya mahukan nama dan pangkat sahaja. Saya sendiri pernah bertemu dengan para pemimpin daripada Umno/Bn, PKR dan PAS. Apa yang saya nampak dan boleh katakan, para pemimpin ini cukup baik dan sentiasa melontarkan idea didalam penyelesaian masalah masyarakat malaysia amnya. Tatepi saya tidak nafikan juga mesti ramai yang akan menyelar kenyataan yang menyatakan bahawa ramai para pemimpin mempunyai etika yang baik. Kadang-kadang kita manusia ini hanya menilai pada kulit sahaja, isinya lain cerita.

Terlalu fanatik kepada sesuatu juga harus dihindari agar kita dapat memberikan sumbangan yang lebih berfaedah dan telus dan amanah.

Read more...

Rabu, 20 Mei 2009

APAKAH PERLU.....

Semalam saya sekeluarga menonton satu program di TV3, Rancangan 360 mengenai kes ragut. Kami sekeluarga cukup sedih dengan senario yang berlaku sekarang terutamanya yang berkaitan dengan remaja kita. Sebagai salah seorang belia negara ini saya terpanggil untuk membincangkan ataupun memberi sedikit pandangan terhadap permasalahan ini. Saya masih teringat lagi, "first time" saya menjejakkan kaki ke KL, tempat bermaharajalelanya kegiatan ini. Saya cukup terkejut kerana melihat aksi yan ditunjukkan oleh"aset" negara ini. Malah apabila saya bertanya dengan seorang kawan , beliau berkata dengan loghat utaranya "hang tak tau lagi, bukan takat nie je depa le buat. Hang tunggu sat". Ayat tu masih terniang-ngiang di telinga saya lagi. Betul juga apa yang kawan tu kata, tak sampai berapa minit saya dikejutkan dengan deruan enjin motosikal kumpulan samseng jalanan ini. Pelbagai aksi yang kita le nampak mereka persembahkan.

Saya bertanya pada diri sendiri kenapa ini berlaku??? Mungkinkah salah pada ibubapa atau pihak kerajaan???Atau juga salah kepada ramaja itu sendiri. Secara peribadi dan mungkin juga di persetujui bersama semua terlibat dalam masalah ini. Remaja menyatakan punca mereka jadi begini disebabkan latarbelakang keluarga yang teruk lah apa lah. Masalah masyarakat lah, pemimpin lah dan sebagainya yang kita boleh kaitan dengan masalah ini. Saya tertarik dengan pendapat seorang remaja daripada Johor, adik ini menyatakan bahawa semua yang berlaku orang yang pertama mesti di persalahkan adalah diri sendiri bukanya orang lain. Agama mesti selari dengan apa yang ingin kita lakukan, insyallah semuanya akan memberikan hasil yang positif. Ingatlah bahawa dihari pembalasan kelak anda akan ditanya kemana masa dan nilai hidup anda persembahkan.....

Adakah perlu kerajaan mengenakan hukuman mati kepada samseng jalanan ini atau sekadar terus mengenakan hukuman penjara setahun dua.... Apakah dengan kekerasan masalah itu akan selesai dan begitu juga dengan kelembutan adakah boleh menyelesaikan segala masalah.... Firkir-fikirkan lah....

Pesanan kepada samseng jalanan ini: TOLONGLAH KEMBALI KEPADA FITRAH MANUSIA YANG SUCI LAGI BERSIH JIWANYA. KESERONOKAN HANYA SEKETIKA TETAPI PENDERITAAN ITU SANGAT LAMA DAN MEMERITKAN. ANDA TIDAK KENA HARI INI TAPI PERCAYALAH ANDA PASTI AKAN KENA JUA AKHIRNYA. "Sepandai-pandai tupai, akhirnya jatuh ke tanah juga".

Read more...

Isnin, 18 Mei 2009

IRANUN: POLITIKUS ATAU TETIKUS (PART 2)

ALHAMDULILLAH, pada coretan kali ini saya mendapat sedikit ruang untuk menyambung kembali tulisan saya yang lalu mengenai politik orang Iranun. Apa yang saya ingin katakan disini adalah, biarlah kita buka minda kita yang selama ini tertutup dengan rapat agar kita dapat memberikan sumbangan kepada bangsa tercinta kita. Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana perasaan "Pangnie akuban sa ampun maap" andai ada yang terasa dengan apa yang telah saya tulis sebelum ataupun mungkin sekarang ini. Saya merupakan anak Iranun "Tegar" terlalu sedih apabila melihat nasib masyarakat kita semakin terkebelakang dalam era yang mencabar ini.

Sebenarnya saya bukan ingin mengatakan bahawa masalah kepimpinan ataupun Politikus Kaum Iranun itu sangat bermasalah tetapi sebenarnya saya ingin berkongsi dengan "Mangalukus pagari"kemana peranan sebenar mereka ini. Iranun merupakan suku kaum yang minoriti di sabah, adakah kita sanggup dipandang dengan sebelah mata oleh kaum lain. Saya sekali lagi ingin mengulangi bahawa saya sangat berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita, Siapa tidak kenal Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Kalau kita soroti perjuangan insan Istimewa ini kita akan dapati bahawa apa yang diperolehi sekarang ini terlalu sakit untuk kita lalui sekali lagi. Insan ini sudah memberikan laluan yang selamat untuk kita ikuti. Namun atas dasar tamakkan pangkat dan kedudukan bakal pemimpin kita seakan-akan kehilangan arah itu.

Ingatlah setiap perjuangan yang mendokong kemajuan sesuatu kaum, potensi untuk pejuang ini menang bergaya adalah cukup tinggi. Tetapi andai pejuang itu berjuang demi kepentingan diri sendiri, kegagalan dan kehinaan yang bakal menanti mereka. Ayuhlah anak watan Iranun kalalangun kita berdiri bersama-sama untuk memartabatkan bangsa tercinta kita ini. Ingatlah zaman kita sekarang bukan zaman untuk pejuang kemerdekaan bangsa kita tetapi kita merupakan manusia yang hidup di zaman para pejuang yang perlu mengisi kemerdekaan bangsa kita. Semua ini berada ditangan kita, andai kita coretkan perkataan "Matai" maka matai lah kita, Tapi andai kita coretkan perkataan 'Nyauyag tanu" maka sekitanu akan pasti berdiri dengan megah bersama-sama dengan bangsa lain.

SAKEN AYAH WATA IRANUN

saken wat iranun pahgisah sa mangalukus pagari
sampai kanu tanu manie
kena kah sekitanu aya langun manga jagu agu mawarau....
ka baba ya entanu kah milai su mangawata tanu amai mbalui ah kuli ah tau ah lain..
kainu dih tanu pahgubaen ah nasip tanu aya..
kajaguan agu kawarau kenaden sa kahtumbuka, kambubunuh..
tapi imantu pahgilai sa ka pamikir....
Adakah sekitanu aya kurang sa mangawata ah baraakal....!

Read more...

PENANTI DALAM "PENANTIAN"

Tidak menjadi kejutan besar buat kita apabila Umno/BN tidak meletakkan calon di Penanti. Saya dapat mengagak dari awal lagi bahawa keputusan ini pasti akan diambil oleh PM kita. Namun timbul sedikit pertanyaan kepada kita soal tindakan Umno/BN ini. Apakah alasan yang PM kita berikan merupakan alasan yang kukuh untuk Umno/BN tidak bertanding di Penanti? mungkin juga Umno/ BN sebenarnya tidak berjaya mendapatkan calon yang benar-benar boleh "fight" dengan calon PKR di Penanti? Atau boleh jadi juga Umno/BN sudah mengetahui bahawa hanya kekalahan yang akan menanti mereka di Penanti?. Ataupun ini hanya merupakan strategi Umno/BN, Mungkin sebenarnya mereka dah ada calon yang akan diketengahkan cuma bukan menggunakan mana-mana tiket atau kapasiti mana-mana komponen BN???. (PENANTI DALAM PENANTIAN)


Namun semua tindakan ini pasti ada alasan atau sebab musabab utnuk Umno/BN mengunapakainya. Saya terpanggil sebenarnya untuk bertanya kepada rakyat malaysia amnya, adakah PM akan turut mengambil tindakan yang sama andai DUN Perak berjaya dibubarkan???? Beranikah tidak semua ada jawapannya tetapi tunggu dan lihaat lah........ YANG BENAR ITU PASTI AKAN MENANG.

Read more...

Isnin, 11 Mei 2009

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA...

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi
untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba- Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma
wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalam

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran104:105)

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar- Rad:28)

Read more...

AKHIRNYA...........

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Keputusan ini merupakan satu tamparan yang maha hebat untuk kerajaan BN/Umno. Tetapi adakah ini jalan cerita yang terakhir atau ada lagi "bakal" babak-babak cerita yang menyusul seterusnya....? Kawan saya ada menyatakan sebentar tadi berkaitan dengan isu ini" ku sangkakan cerah secerahnya di pagi hari rupanya ribut petir sabung menyabung panah memanah di tengahari". Lucu juga ungkapan tersebut tetapi nak buat macamana, setiap orang ada hak untuk terkezzzzut ataupun buat-buat terkezzzzut dengan perkembangan sekarang..

Teringatlah pula satu babak Filem Seniman Bujang Lapuk, Ahmad Nisfu jadi Director, "apa pendapat Ahli Nujum Negara tentang ramalan mimpi beta semalam. Beta bermimpi setompok tahi jatuh ke muka beta". Jawab Sudin " oh itu petanda yang tuanku akan ditimpa malapetaka". "Oh tidak....tidak bukan ke muka beta tetapi sipi sahaja........bukan sipi kebahu beta tapi terus kemuka director Ahmad Nisfu". ( Lebih kurang lah ayat nye). Jalan cerita ini tidak jauh bezanya dengan situasi sekarang. Namun apa yang pasti strategi apalagi yang cuba di laksanakan oleh kelompok yang terkena "tahi" ini. Mungkin masih ada peluang untuk mendapatkan kembali harga diri yang tercalar ini dengan melalui "Mahkamah Rayuan".


Cuma yang menjadi kemusykilan di kepala otak ini, adakah DUN tetap akan dibubarkan(siapa yang dapat hasilnya) atau DUN tetap tidak dibubarkan(siapa yang dapat hasilnya)...? Kita tunggu dan lihatlah.......! KEBENARAN TETAP AKAN MENJELMA. TIADA ERTI KEJAYAAN TANPA DISULAMI DENGAN PENDERITAAN.

Read more...

Sabtu, 9 Mei 2009

IRANUN: POLITIKUS ATAU TETIKUS......

Begitulah gambaran yang boleh saya berikan dalam kancah politik masakini dari sudut pandangan suku kaum Iranun. Saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat atau pandangan mengenai cara atau kaedah masyarakat Iranun berpolitik. Kebetulan saya pernah terbaca satu tulisan blog yang bertajuk " kemanakah arah tuju politik Iranun"(www.batugadung.blogspot.com), dan saya amat tertarik untuk bertukar-tukar pendapat dengan sesiapa sahaja dan kalau boleh insan yang telah bergiat lama dalam dunia politik.

"Kita tidak bangga ke dengan kehebatan anak Iranun menduduki tempat mulia di dalam negara Malaysia, nak dicantikan ayat didalam dewan dialah yang berkuasa". Itulah ayat yang sering terpancul dalam mulut masyarakat kita amnya. Kami golongan belia ini seakan-akan tidak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan kehadiran insan istimewa ini. Untuk pengetahuan golongan "retua" politik, jiwa kami amat dambahkan seorang pejuang yang benar-benar boleh membawa perubahan terutama dalam masyarakat kita. Nah, disini bukan saya katakan bahawa "insan Istimewa" ini tidak memberikan apa-apa sumbangan pada masyarakat kita. tetapi tidak kah kita terfikir selepas beliau siapakah yang layak menduduki "kerusi empuk" beliau.

Apakah kerana kealpan dan sanjugan akhirnya kita lalai mengetengahkan "pelapis" pemimpin masyarakat kita. Adakah kerana dibuai jawatan dan pangkat maka kita biarkan hak kita dibumi bertuah ini di dirampas dengan rakus...! Apakah insan istimewa ini akan hidup beribu tahun lagi??? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakkan pemimpin kita sekarang sebenarnya seorang "pengecut" yang amat takut pada bayang-bayang sendiri. mungkin ini terlalu keras bagi kawan-kawan diluar sana, tetapi inilah hakikat sebenar sikap para pemimpin (kononya) masyarakat kita. Suatu ketika saya pernah bertanya kepada seorang kawan, Apakah pendapat beliau tentang poltitk masyarakat kita kini. " tak tahulah tapi bagi saya lah susah untuk kita mencari bakal pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan bukan untuk periuk nasinya sendiri. Lagipun masyarkat kita tidak pernah memberikan sokongan atau bantuan kepada sesiapa yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, satu yang perlu kita ingat bahawa bakat kepimpinan itu bukannya boleh diwarisi kepada kaum keluarga dengan senang". Apabila saya merenung seketika apa yang beliau katakan teramatlah benar akan kata-katanya.

Inilah hakikat sebenar yang perlu kita akui, kadang-kadang kita melihat bakat kepimpinan seseorang itu melalui bakat kepimpinan ayah atau kaum kerabatnya. Bila hebat maka anak-anaknya atau keturunanya mesti hebat-hebat belaka. Jadi tidak ada masalah apabila anak atau keturunanya diangkat sebagai pemimpin kelak. Hakikat ini adalah sessuatu yang teramat salah. Tanggapan ini lah yang perlu kita berganding bahu memperbaikinya. Saya ingin sekali menyatakan bahawa tanggungjawab seorang pemimpin amat berat, jangan kerana mengejar pangkat dan harta sehingga kita lalai bahawa di pundak kita terletak satu beban yang amat dahsyat, didunia ia akan dihitung dan di akhirat pun akan dihitung. ( Nak lari lagu mana?orang utara kata).

Apa yang saya perhatikan pada masyarakat kita adalah, sikap ingin jadi pemimpin. daripada yang tak tahu membaca sehingga yang keperingkat PHD bercakap soal politik. Masing-masing dengan pandanganya, bila golongan retua politik ini diberi pandangan maka akan terkeluarlah pelabagai ayat, kononya golongan belia ini tidak tahu erti sebenar perjuangan, bukan hidup zaman jepun dan macam-macam lagi lah. Benar golongan kami cetek ilmu politik tetapi rujukan dan "Filem" yang sering disajikan kepada kami telah menjadi iguan yang cukup ngeri dan hebat untuk kami renungkan. Adalah terlalu dungu saya katakan andai kami tidak mengambil iktibar kepada semua apa yang berlaku. Pemimpin kita sekarang lebih menjurus kepada duniawi sahaja. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri siapakah insan yang layak mengemudi kapal kita dilautan nanti. Insan yang ingin bergelumang dengan dunia politik seakan-akan lupa dengan tanggungjawab mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang "pejuang" masyarakat kita, andai politik ini memerlukan saya terjun kedalam lumpur yang kotor sekalipun maka saya akan terjun demi membela masyarkat tercinta kita. Namun apa yang saya nampak sekarang ibarat "cakap tak serupa bikin". Pejuang kita sekarang banyak pada "TAMBIRANG BAN MADAKEL TAPI DA AH TAGUH YAN". (Insyallah lain kali episod ini akan saya sambung.......)


Read more...

Jumaat, 8 Mei 2009

HEBATNYA ISLAM .....

Saya baru sahaja selesai membaca buku "The making Of humanity" hasil tulisan Robert Briffault yang terang lagi bersuluh memuji umat Islam dengan berkata, " Era Kebangkitan sebenarnya bermula di tangan orang-orang arab dan Islam Sepanyol, bukanya ditangan orang-orang barat atau Eropah. Pandangan beliau ini telah di persetujui oleh Philip K. Hitti didalam bukunya "The History of the Arabs" beliau berkata,"orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang agung pada zaman pertengahan dahulu. Mereka sebenarnya pembawa cahaya budaya dan tamadun bagi selururh dunia terutamanya abad kelapan dan tiga belas masihi.

Memang benar, dunia berubah kesan daripada proses perubahan yang dibawa oleh umat Islam. Justeru itu, kenapa zaman sekarang kita terlalu alpa sehinggakan hampir terlupa akan kehebatan masa lampau kita. apakah kita sudah tidak percaya akan kehebatan Islam itu sendiri?. Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi teladan manusia sejagat. Hal ini mesti kita akui seperti yang dijelaskan oleh Robert Briffault di dalam The Making Of Humanity, " Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan ke arah kemerdekaan di negara-negara Amerika Latin. Ia sebenarnya ajaran yang ada di dalam Quran yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep ini kemudiannya mempengaruhi masyarakat Eropah. Besar kemungkinan jika tidak keterlaluan saya katakan jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.

Secara amnya saya amat bersetuju dan berpuashati dengan apa yang cuba di sampaikan oleh Robert Briffault dan sebagai umat Islam dewasa ini saya amat berbangga dan imenyeru kepada rakan-rakan yang mengaku umat Islam menjauhi "Budaya Bangau oh Bangau". Saya teringat akan kata-kata seorang Panglima Islam iaitu Panglima Islam Rub'ii bin Amir yang pernah berkata"Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendakinya daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kesesatan agama kepada keadilan Islam dan diutusnya kami dengan agamanya untuk disampaikan kepada makhluknya". ( Kenyataan dibuat di hadapan Panglima Parsi, Rustam, sebelum Perang Qadisiyah). Renung-renungkanlah....Allahu akbar!!!

Read more...

Khamis, 7 Mei 2009

AHLI SUFI YANG TERTIPU....!

Imam Ghazali menyatakan bahawa mereka yang digelar sebagai ahli agama juga boleh terpedaya dengan diri sendiri. Seterusnya Imam Ghazali berkata,"adapun ahli-ahli sufi sebahagian mereka terpedaya dengan pakaian-pakaian dan amalan-amalan zahir golongan tasawuf sedangkan dalam kehidupan harian, mereka mengambil harta yang haram dan syubhah, bergelumang dengan hasad dengki sesama manusia dan asyik merobek kehormatan orang lain.

Selain itu, mereka ini juga mencaci dan menghina ahli-ahli fikah, ulama tafsir serta hadis dan mengatakan golongan ini dihijab oleh ilmu mereka daripada Allah sedangkan yang sebenarnya merekalah golongan yang zalim lagi munafik.

Terdapat juga daripada kalangan mereka yang menolak semua hukum agama sehingga batas-batas halal dan haram tidak lagi diendahkan dan ibadah-ibadah yang wajib seperti solat tidak lagi dilakukan atas alasan mereka telah sampai ke makam yang tinggi".

Andai ahli sufi pun boleh terpedaya bagaimana pula kita????. Sentiasa lah mendekati Allah dan berdiri lah di landasan yang betul lagi benar, Insyallah Allah pasti bersama-sama dengan kita. Nabi berpesan kepada sahabat Ali Bin Abu Talib" Apabila manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan maka kamu dekatilah Allah dengan akalmu". ( Riwayat Imam Abu Naim )

Read more...

BUDAYA ATAU UNDANG-UNDANG RIMBA

Sebentar tadi saya baru sahaja bertemu dengan seorang kawan baik yang lama da tidak berjumpa. kebetulan sembang punya sembang terkait lah pula satu "istilah" mengenai budaya atau undang-undang rimba. Saya sebenarnya cukup berminat berbual-bual dengan kawan ini kerana saya mendapat banyak input dan idea untuk kita dapat sama-sama kongsikan. Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau mengenai "istilah" Undang-undang Rimba. Bila di fikir logiknya, memang teramat logik lah. Apatah tak nya, kalau kita perhatikan masalah sekarang siapa yang kaya, berharta maka dia lah yang berkuasa. Siapa yang miskin atau papa maka dia kena terima sebagai "kuli" atau ditindas. Teringat lah pula cerita Raja Rimba zaman kanak-kanak dahulu malah kalau saya tidak silap cerita ini sekali dengan videonya kot. Cuma kadang-kadang saya terfikir juga kenapa kita tak ikut sahaja cara haiwan lain mendidik "BOS"nya dalam cerita tersebut, biarkan kita bersama-sama memulau "Orang Hebat" ini. Mungkin dia akan sedar bahawa duit bukanlah segalanya........

Dalam perbualan singkat itu, saya terfikir pula kenapa keadaan ini boleh berlaku sedangkan dunia kini makin moden apa? Adakah ini yang dikatakan sebagai dunia moden???? Apapun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada beliau kerana banyak memberikan dorongan dan nasihat didalam kehidupan saya seharian. ANDA ADALAH YANG TERBAIK, INSYALLAH.

Read more...

Rabu, 6 Mei 2009

PINJAM GAYA " AMU"(BERUK)

Saya cukup tertarik dengan tulisan seorang insan yang bernama Jackson Ng dalam bukunya 'you Are A Top Student'. Beliau banyak menyentuh punca utama kenapa ramai pelajar tidak boleh menjadi "top student" di sekolah kerana kebanyakkan pelajar sekarang telah meminjam budaya atau adat resam makhluk Allah yang bergelar Beruk (AMU). Kalau kita merenung seketika tentang hal ini kita akan dapati bahawa kenyataan ataupun persoalan yang cuba di sampaikan oleh beliau benar-benar berlaku. kalau kita perhatikan tabiat beruk adalah suka melepak. Jika kita merujuk kepada permasalahan pelajar sekarang kita akan dapati bahawa gejala melepak adalah masalah yang kian membimbangkan.



Satu perkara yang ingin saya cuba kongsikan disini sebenarnya, anda tidak mungkin akan berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu perkara kalau anda membenci akan kebenaran. Kalau kita takut akan kebenaran maka kita kan lupa siapa khalik kita yang sebenar. Biarlah apa orang kata soal perjuangan kita terhadap kebenaran, biarlah orang kata kita menjatuhkan orang lain atau menghancurkan periuk nasi orang lain asalkan kita tahu bahawa kita berdiri di pihak yang benar. Suka saya memetik akan kata-kata seorang insan Allah yang mempunyai kedudukan sedikit tinggi daripada makhluk lain apabila cuba diajukan persoalan andai ayah kita sendiri melakukan kemungkaran, maka jawab beliau dengan tegas bahawa dengan tangan beliau sendiri yang akan merubahnya. Kita diajar soal cara bersopan santun, biarlah kita bertindak dengan cara yang sesuai yakni bersopan untuk merubah sesuatu kemungkaran.



Namun andai kemungkaran itu tdak boleh di rubah dengan kesopanan maka kita rubahlah dengan ketegasan yang mutlak (insyallah) . Ingat lah bahawa andai kita melakukan sedikit kebaikan sekali pun, Allah akan tetap memberikan pahala. Bahkan andai kita melakukan kejahatan maka Allah akan tetap jua memberikan balasan yang setimpal.

Jadi, pesanan ikhlas saya untuk kita dan diri saya sendiri tolonglah belajar menerima kebenaran sekalipun ia pahit. Jangan kerana ia mempunyai kaitan persaudaraan maka kebenaran kita ketepikan. Jangan andai kita punyai pertalian kekeluargaan maka kita lupa akan azab Allah.



"Kebenaran adalah teman kita yang terbaik. Ia sentiasa mengikut kita ke mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, kebenaran tetap membisikkan sesuatu yang berharga". Tidak lupa pula kepada masalah anak-anak muda kita kini mengenai "lepak" dan suka mengacau orang lain ini, kita hendaklah berganding bahu bersama-sama untuk menanganinya. Biarlah orang lain tahu bahawa kita sebenarnya wujud dalam dunia ini. SALAM KEBENARAN

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP