Jumaat, 24 April 2009

PENCERAMAH JEMPUTAN

GAMBAR BLOGER DENGAN WIRA-WIRAWATI PLKN KEM SHAN SHUI, TAWAU.

Alhamdulillah, saya baru sahaja balik daripada daerah Tawau. saya telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah selama lima hari kepada para pelajar (wira-wirawati) PLKN di Kem Shan Shui, Tawau. Saya di minta untuk memberi ceramah untuk tiga modul iaitu modul keagamaan, kebudayaan dan peranan jantina lelaki dan perempuan. orang kata tak kenal maka tak cinta, pada pendapat saya sebelum ini mungkin sama dengan kebanyakkan pendapat yang menyatakan Program Khidmat Negara ini merupakan satu pembaziran. Namun setelah saya mengalaminya sendiri selama lima hari saya dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan amnya kerana telah berjaya mengemukakan satu formula untuk memelihara perpaduan kaum dinegera tercinta kita ini.
Didalam kem tersebut kita akan nampak bagaimana para wira dan wirawati bekerjasama menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Di sini mereka juga turut diajar pelbagai ilmu pengetahuan seperti berkawad, sentiasa bergerak dalam kumpulan, menghormati agama lain dan banyak lagi.
Orang kata setiap pertemuan mesti ada perpisahan. semalam adalah hari terakhir program integrasi yang melibatkan saya dan beberapa orang cikgu iaitu saya sendiri, Cikgu Aslie, Cikgu Masri, Cikgu Lynn, Cikgu Nursiah, Cikgu Memey, Cikgu Silva dan Ketua Jurulatih Kami En. Muksin. Apa yang ingin saya katakan di sini, saya cukup terharu dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak terutama pihak kem, wira dan wirawati serta cikgu-cikgu yang lain. TERIMA KASIH SEMUA... SEMOGA SETIAP WIRA DAN WIRAWATI MENJADI INSAN YANG BERGUNA.....HIDUP MALAYSIA....!

0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP