Sabtu, 25 April 2009

KETELUSAN ATAU KECURANGAN

Sebentar tadi saya baru bersahaja berdebat dengan seorang kawan mengenai isu rasuah ataupun suapan dalam dunia masakini. Saya amat tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya tentang pendapatnya yang mengatakan bahawa rasuah dan suapan itu boleh dilakukan tetapi bergantung pada niat seseorang itu. Benar apa yang kita lakukan bergantung pada niat tetapi jangan lupa kita di ingatkan agar jangan sesekali mendekati zina kerana ia akan menyebabkan kita melakukannya kelak. Andai merujuk pada iman kita pula, iman umat kita kini ibarat kapas yang le di tiup angin. Jadi andai kita mendekati perbuatan rasuah adalah amat mustahil kita tidak terjebak melakukanya. Di sini Saya ingin memberikan takrifan suapan ataupun rasuah itu dengan merujuk kepada takrifan SPRM sendiri.


Takrifan suapan adalah merujuk kepada wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain ataupun apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu. Ini merupakan takrifan yang diberikan oleh SPRM, tetapi andai merujuk kepada takrifan global masyarakat kita khususnya, suapan atau rasuah (meminta/memberi rasuah, menawar/memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menyalahguna kuasa/kedudukan) itu adalah sesuatu yang amat menjijikan dan kepada sesiapa yang mengamalkan adalah suatu penghinaan yang amat dahsyat telah dilakukan didalam kehidupannya.


Namun apa yang kita sering disajikan adalah perkatan "mana ada dalam dunia ini yang free, semua kena bayar" jadi bagi lah sedikit duit kopi.... Saya ingin bertanyalah kepada mereka-mereka ini, Adakah udara yang Allah salurkan pada kita ini bukan free...apakah matahari menyinarkan cahayanya bukan free...apakah suara yang Allah berikan ini bukanya free...! Ingatlah kita ini adalah pemimpin pada semua termasuk pada diri sendiri. Ketelusan amat penting dalam setiap perbuatan, keikhlasan adalah kunci pada kebahagian....


BERSAMA MEMBENTERAS RASUAH




0 comments:

Catat Ulasan

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP