Rabu, 29 April 2009

RUMAH KU (WALAI KU)

Bumi merupakan habitat kepada jutaan spesis termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta ini didapati wujudnya pelbagai kehidupan. Melalui pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon adalah setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyut benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Manakala Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi adalah merupakan padang pasir.

Read more...

Ahad, 26 April 2009

MASALAH KRONIK .....

Nak kata geram pun ada lucu pun ada, macam iklan bola lah plak. Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang insan yang mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat Kota Belud. Timbul satu kesedihan apabila perbincangan yang cuba kami wujudkan dicemari dengan sikap menakut-nakutkan kami pula. Ingin kami tegaskan di sini, ingat pada ungkapan "berani kerana benar takut kerana salah". Bukan senang mahu senang tapikan susah mahu susah....Teringat lah pula lirik lagu seorang penyanyi terkenal masa dulu iaitu Salleh Yaakob yang cuba merungkai kehidupan masyarakat kita. Apa yang boleh saya perkatakan adalah pertemuan tadi langsung tidak mencapai kata putus yang sebenarnya. Pertemuam tadi melibatkan permasalahan dalaman organisasi tersebut yang mana kemungkinan wujud satu keraguan terhadap kami dan kawan-kawan yang lain seakan-akan ada "something wrong" dalam pemilihan terhadap tender yang dikeluarkan.


Pertemuan tadi juga boleh di ibaratkan seperti pertemuan antara pemimpin negara Malaysia dengan pemimpin negara Iran kerana "terpaksa" menggunakan "Jurubahasa" dan yang amat menghairankan apabila "Jurubahasa" tersebut seakan-akan "take over" jawataan pemimpinnya. Bila di persoalkan tentang tindakannya ini "Insan Istimewa" ini terus melenting dan mengugut untuk keluar dari bilik pemimpinnya. Apatahlagi kami pun terkejut gajah lah, apa taknya seorang yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat kami amnya boleh bertindak sedemikian rupa. Kalau kita soroti perjalanan hidupnya, Insan ini tidak sewajarnya bertindak sedemikian.


Kita semuanya punyai kelebihan masing-masing, kami tidak akan bertindak andai tidak bersedia bertempur. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, berfikir sebelum bertindak amat perlu dan jangan bertindak baru berfikir. INI MASALAH KRONIK YANG PERLU DI ATASI OLEH PEMIMPIN MASA KINI..... "SAYA PEMIMPIN MAKA SAYA LAH YANG BETUL." JANGAN SESEKALI KITA MELETAKKAN HUKUMAN PADA TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA, APAPUN BERTINDAK TELUS, JUJUR DAN IKHLAS LAH DALAM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. SEMOGA MENJADI IKHTIBAR UNTUK KITA SEMUA...

Read more...

Sabtu, 25 April 2009

KETELUSAN ATAU KECURANGAN

Sebentar tadi saya baru bersahaja berdebat dengan seorang kawan mengenai isu rasuah ataupun suapan dalam dunia masakini. Saya amat tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya tentang pendapatnya yang mengatakan bahawa rasuah dan suapan itu boleh dilakukan tetapi bergantung pada niat seseorang itu. Benar apa yang kita lakukan bergantung pada niat tetapi jangan lupa kita di ingatkan agar jangan sesekali mendekati zina kerana ia akan menyebabkan kita melakukannya kelak. Andai merujuk pada iman kita pula, iman umat kita kini ibarat kapas yang le di tiup angin. Jadi andai kita mendekati perbuatan rasuah adalah amat mustahil kita tidak terjebak melakukanya. Di sini Saya ingin memberikan takrifan suapan ataupun rasuah itu dengan merujuk kepada takrifan SPRM sendiri.


Takrifan suapan adalah merujuk kepada wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain ataupun apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu. Ini merupakan takrifan yang diberikan oleh SPRM, tetapi andai merujuk kepada takrifan global masyarakat kita khususnya, suapan atau rasuah (meminta/memberi rasuah, menawar/memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menyalahguna kuasa/kedudukan) itu adalah sesuatu yang amat menjijikan dan kepada sesiapa yang mengamalkan adalah suatu penghinaan yang amat dahsyat telah dilakukan didalam kehidupannya.


Namun apa yang kita sering disajikan adalah perkatan "mana ada dalam dunia ini yang free, semua kena bayar" jadi bagi lah sedikit duit kopi.... Saya ingin bertanyalah kepada mereka-mereka ini, Adakah udara yang Allah salurkan pada kita ini bukan free...apakah matahari menyinarkan cahayanya bukan free...apakah suara yang Allah berikan ini bukanya free...! Ingatlah kita ini adalah pemimpin pada semua termasuk pada diri sendiri. Ketelusan amat penting dalam setiap perbuatan, keikhlasan adalah kunci pada kebahagian....


BERSAMA MEMBENTERAS RASUAH




Read more...

Jumaat, 24 April 2009

PENCERAMAH JEMPUTAN

GAMBAR BLOGER DENGAN WIRA-WIRAWATI PLKN KEM SHAN SHUI, TAWAU.

Alhamdulillah, saya baru sahaja balik daripada daerah Tawau. saya telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah selama lima hari kepada para pelajar (wira-wirawati) PLKN di Kem Shan Shui, Tawau. Saya di minta untuk memberi ceramah untuk tiga modul iaitu modul keagamaan, kebudayaan dan peranan jantina lelaki dan perempuan. orang kata tak kenal maka tak cinta, pada pendapat saya sebelum ini mungkin sama dengan kebanyakkan pendapat yang menyatakan Program Khidmat Negara ini merupakan satu pembaziran. Namun setelah saya mengalaminya sendiri selama lima hari saya dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan amnya kerana telah berjaya mengemukakan satu formula untuk memelihara perpaduan kaum dinegera tercinta kita ini.
Didalam kem tersebut kita akan nampak bagaimana para wira dan wirawati bekerjasama menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Di sini mereka juga turut diajar pelbagai ilmu pengetahuan seperti berkawad, sentiasa bergerak dalam kumpulan, menghormati agama lain dan banyak lagi.
Orang kata setiap pertemuan mesti ada perpisahan. semalam adalah hari terakhir program integrasi yang melibatkan saya dan beberapa orang cikgu iaitu saya sendiri, Cikgu Aslie, Cikgu Masri, Cikgu Lynn, Cikgu Nursiah, Cikgu Memey, Cikgu Silva dan Ketua Jurulatih Kami En. Muksin. Apa yang ingin saya katakan di sini, saya cukup terharu dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak terutama pihak kem, wira dan wirawati serta cikgu-cikgu yang lain. TERIMA KASIH SEMUA... SEMOGA SETIAP WIRA DAN WIRAWATI MENJADI INSAN YANG BERGUNA.....HIDUP MALAYSIA....!

Read more...

Khamis, 16 April 2009

AHLAN WASALAN.....

Pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama tidak "update" laman blog ini. sebenarnya saya banyak benda yang kena urus. alhamdulillah, kedai komputer kami baru aje beroperasi dan setakat ini rezeki Allah semakin hadir.

Pada 14.03.09(sabtu) adalah hari baru untuk saya, dan syukur kerana saat yang amat mendebarkan telah berjaya dilalui, tarikh dan hari itu merupakan tarikh dan hari yang keramat untuk insan sperti saya kerana ketika itu saya telah sah diijabkabulkan dengan sseorang gadis manis nun jauh di daerah kulim, kedah. kehadirannya dalam hidup saya amat bermakna. saya berdoa semoga kehadirannya akan dapat menyerikan lagi hari-hari yang mendatang.

Ok lah, cukuplah setakat ini saya berkongsi sedikit coretan hidup saya.... Apa khabar bloger-bloger n pembaca-pembaca bloger sekalian......bloger boleh...! pembaca pun boleh...!

Ada satu cerita, nak kongsilah kata kan. alkisah... pak pandir pergi ke market(pasar ikan)untuk membeli lauk makan tengahari. sesampai ditempat menjual ikan pak pandir pun terus menuju kearah meja no 10 seraya bertanya ini kan berapa harganya? penjual berkata Rm6 sekilo,Pak pandir berterus berkata oklah bagi saya 3 kilo k. penjual pun terus meletakkan ikan kedalam plastik berisi air. sesampainya dirumah Pak pandir terus memanggil mak andih sambil berkata, tolong masak ikan masak asam pedas k. Tiba-tiba Mak andih teriak meminta tolong kat Pak pandir kerana ikan yang pak pandir beli itu masih hidup...bang macamana nak masak ikan ini dok lompat sana lompat sini....! "ala rendamkan lama-lama dalam air matilah ikan tu,jawab Pak Pandir Selamba.... kita fikirlah apa pengajaran disebalik cerita ini.... selamat mencuba moga dapat berjumpa di lain masa......

Read more...

pesanan

Penafian:Penulis blog paikankb tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, Segala komen atau ulasan, fakta berunsur hasutan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP